KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pers Indonesia Prof Azyumardi Azra meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini akibat sakit jantung.
Dewan Pers adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk mengembangkan dan melindungi media massa di Indonesia.
Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia dalam kenyataan memberitahu cendekiawan berusia 67 itu meninggal dunia pada 12.30 tengah hari tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada Jumaat lepas, sebaik tiba dari Indonesia.
Menurutnya sebaik tiba dari Indonesia, Allahyarham dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut selepas mengalami sesak nafas ketika dalam penerbangan.
"Pasukan perubatan hospital memberitahu terdapat gangguan pada jantung beliau, dan memerlukan rawatan khusus di unit rawatan jantung (CCU), pihak hospital telah berusaha memberikan rawatan perubatan terhadap Allahyarham," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu keluarga Allahyarham tiba di sini semalam, dan pihak kedutaan kini turut berada di hospital untuk urusan jenazah.
Allahyarham ke ibu negara bagi memenuhi undangan sebagai salah seorang panel di sebuah program yang dijadualkan berlangsung di Bangi dekat sini semalam.
Sementara itu Penasihat Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia Datuk Zakaria Abdul Wahab ketika dihubungi Bernama berkata beliau bergegas ke Hospital Serdang pada Sabtu selepas menerima berita Azyumardi dimasukkan ke hospital daripada rakan-rakan wartawan Indonesia.
Azyumardi merupakan bekas Rektor Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta pada 1998 hingga 2006.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2022
Allahyarham Prof Azyumardi Azra meninggal dunia pada 12.30 tengah hari tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada Jumaat lepas, sebaik tiba dari Indonesia. - Gambar/ Bernama
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Empat cedera, termasuk dua parah, pokok tumbang hempap MPV, motosikal
Empat orang cedera, termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah motosikal.
JKM rayu mangsa terjejas pindah ke PPS
JKM merayu semua mangsa segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sekiranya kediaman mereka terjejas.
Azalina terima anugerah GIFA, peranan dalam agenda reformasi timbang tara diiktiraf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Global Islamic Finance Awards (GIFA) Special Award 2024'.
Belum terima perkembangan siasatan kebocoran gambar siasatan
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
SPRM yakin tiada unsur rasuah SPRM, Op Global
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis terhadap rumah amal GISBH.
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
Tampil kurus, Dafi nafi buat pembedahan bariatrik
Tampil dengan tubuh yang semakin kurus, pelakon dan penyanyi Dafi menafikan dirinya membuat pembedahan bariatrik atau potong usus.
Pasukan perubatan peribadi Agong rawat dua mangsa kemalangan motosikal
Pasukan perubatan peribadi Yang di-Pertuan Agong memberikan rawatan kecemasan kepada dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan.
Sesak nafas dalam penerbangan, Ketua Dewan Pers Indonesia meninggal dunia di Hospital Serdang
Ketua Dewan Pers Indonesia Prof Dr Azyumardi Azra meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini akibat sakit jantung.