Pelajar Malaysia di luar negara disyor menyerlahkan faktor X diri dan semangat optimis pada tahun baru 2018 dalam memacu perjalanan masing-masing di perantauan.
Presiden WeMalaysia Australia, Muhammad Ali Halim Sirat berkata, saranan itu diambil kira berdasarkan paradigma 2018 yang dijangka bersifat lebih berdaya saing melibatkan potensi orang muda, kuasa keyakinan tinggi dan kebijaksanaan dalam menaakul maklumat.
"Citra terindah yang perlu dizahirkan oleh pelajar Malaysia di luar negara adalah mengekalkan momentum sedia, menyerlahkan faktor X diri dan semangat optimis dalam pengajian.
"Keseimbangan juga melibatkan jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui penyertaan program pelajar, sukan dan interaksi sosial hubungan komuniti serta universiti.
"Percayalah, dalam dunia pembelajaran di luar negara, suatu saat kita akan terfikir betapa pentingnya faktor X diri dan semangat optimis," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Amanat itu diberi semasa berucap dalam majlis pertemuan sempena tahun baru bersama Pengarah Education Malaysia Australia (EMA) dan Pengarah Mara Australia di Sydney.
BACA: WeMalaysia wujud kesepakatan rakyat di seluruh negara - Muhammad Ali
BACA: Pelanjutan biasiswa usaha KPT lahir lebih ramai graduan PhD - Nasnoor
Jelasnya, semangat untuk mengekalkan sikap optimis dalam diri adalah penting dalam menyelusuri dunia siswa.
"Berinteraksi dengan komuniti dan universiti adalah pengalaman paling berharga dalam menggilap potensi dan bakat anak muda.
"Malah hubungan komuniti termasuk rakan serumah, teman sepengajian, sahabat berkongsi suka duka, masyarakat domestik dan antarabangsa akan menyerlahkan faktor X serta ketahanan diri sewaktu berada di luar negara,” katanya.
Dalam majlis yang sama, Pengarah EMA Khalil Zaiyany Sumiran menyarankan pelajar Malaysia di luar negara khususnya di Australia untuk bersedia berdepan dengan cabaran menuntut ilmu seiring dengan dasar negara menerokai Revolusi Perindustrian Keempat (RP 4.0).
Jelasnya RP 4.0 adalah fasa kini dan masa depan berbentuk siber-fizikal.
"Oleh yang demikian, kebolehan penguasaan ilmu seiring RP 4.0 keempat akan melengkapkan pelajar dalam persaingan global serta wajar dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) kepada pelajar Malaysia di Australia yang berjumlah 31,605 orang dan daripada jumlah itu, seramai 14,690 orang adalah pelajar di sektor pengajian tinggi," ujarnya.
Dalam pada itu Pengarah Mara Australia Sydney, Ahmad Zuriat Ahmad Tejuddin mahu pelajar terus menggembleng idea dan tenaga memberi sumbangan kepada negara.
"Besarlah harapan agar pelajar bersiap siaga mendepani cabaran tahun 2018. Apa yang penting adalah pelajar perlu tahu bahawa saya sebagai bapa yakni penjaga pelajar di sini akan sentiasa mengambil berat dan memberi sokongan kepada pelajar untuk menyelesaikan pengajian dengan baik.
"Saya juga meletakkan kepercayaan tinggi kepada pelajar tajaan Mara di Australia dan New Zealand agar lebih berdedikasi pada tahun 2018," katanya.
Jelasnya, pelajar tajaan Mara di Australia adalah kumpulan kedua terbesar dihantar belajar ke luar negara selepas United Kingdom (UK).
WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara. Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan UK.
Astro Awani
Sun Dec 31 2017

MUHAMMAD ALI (tengah) bersama pengarah-pengarah pelajaran di Australia pada majlis pertemuan bersama pelajar sempena tahun baru. - Gambar WeMalaysia

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.

Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,

Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.

Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.

AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.

Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.

Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.