PUTRAJAYA: Selepas serangan bertubi-tubi terhadap badan kehakiman sejak kebelakangan ini, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat akhirnya bersuara.
Jelas beliau, serangan yang dibuat terhadap hakim dan institusi tersebut disifatkan melampaui batas.
Tengku Maimun berkata walaupun rakyat termasuk ahli politik, pada tahap tertentu, bebas untuk mengkritik, ia tidak bermakna mereka boleh melancarkan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu, bagi kepentingan mereka sendiri.
Menyedari terdapat banyak kes berprofil tinggi yang melibatkan kepentingan awam sedang dibicarakan di mahkamah, Tengku Maimun menambah, hakim dan badan kehakiman dijangka terdedah kepada kritikan dan tuduhan tidak berasas oleh mereka yang terkesan akibat keputusan mahkamah.
Keadaan itu akan berlaku terutamanya jika sesuatu keputusan perbicaraan itu tidak memihak kepada mereka, ujarnya.
Dalam masa yang sama, Tengku Maimun menegaskan integriti sistem keadilan dan kebebasan badan kehakiman tidak akan dikompromi dalam apa jua keadaan.
“Apabila timbul keperluan untuk badan kehakiman dikritik, ini harus dilakukan dengan cara yang membina dan tidak menjejaskan kebebasan dan keyakinan orang ramai.
“Walau bagaimanapun, kita mesti kekal kuat dan tabah serta istiqamah dalam menegakkan kedaulatan undang-undang,” katanya.
Tengku Maimun berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Kehakiman di sini petang tadi.
Tengku Maimun turut menegaskan bahawa campur tangan luar dalam badan kehakiman tidak akan dilayan.
Sebaliknya, beliau berkata sesuatu kes diputuskan berdasarkan bukti di mahkamah dan prinsip undang-undang yang ditetapkan.
"Apa jua dugaan dan kesusahan yang kita hadapi, prinsip ini mesti dipatuhi. Hanya jika kita berpegang kepada prinsip utama ini, barulah kita layak dipanggil hakim," katanya.
Hasimi Muhamad
Wed Apr 27 2022
Tengku Maimun menegaskan integriti sistem keadilan dan kebebasan badan kehakiman tidak akan dikompromi dalam apa jua keadaan. - Gambar fail
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Badan kehakiman bebas buat keputusan selagi tidak takut atau pilih kasih - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata pelbagai kecaman dan komen berbaur politik disasarkan kepada badan kehakiman apabila keputusan tidak memihak kepada tokoh-tokoh tertentu.
Hormati kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman - Sultan Selangor
Sebarang tohmahan yang tidak berasas akan mengundang persepsi negatif terhadap kebebasan Badan Kehakiman, menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan negara.
Polis buka kertas siasatan berhubung Perhimpunan Kebebasan Badan Kehakiman
Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia di Padang Merbok, ibu negara pada Jumaat.
Badan Kehakiman laksana Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap mulai Selasa ini
Sistem itu akan memaparkan status penyelesaian pembayaran denda dan pembebasan tertuduh sebagai tahanan lokap yang telah dijatuhi hukuman denda sahaja.
Pandemik COVID-19 dorong Badan Kehakiman lebih aktif dalam media sosial - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata, hubungan yang berterusan dengan orang awam adalah penting untuk mendidik dan memberi mereka maklumat yang tepat.
COVID-19: Badan Kehakiman manfaat teknologi laksana prosiding dalam talian - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, ia bagi memastikan akses keadilan kepada orang awam, biarpun terdapat batasan pergerakan dalam era PKP dan PKPB.
Badan Peguam Malaysia gesa badan kehakiman pertimbangkan semula arahan e-filing
Ahli Badan itu berdepan kesukaran untuk mematuhi tarikh akhir bagi pemfailan kes baharu dan dokumen lain di mahkamah menerusi e-filing susulan pelaksanaan perintah itu.
Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara
Beliau berkata ini adalah satu-satunya cara bagi Badan Kehakiman mengembalikan kemuliaan dan kredibiliti dipandang tinggi.
'Pengganti saya? Itu soalan RM1 juta' - Ketua Hakim Negara
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum masih memilih untuk menutup mulut apabila ditanya mengenai siapa yang bakal menggantinya selepas beliau bersara wajib bulan depan.