PUTRAJAYA: Badan Kehakiman akan melaksanakan sistem penyelesaian pembayaran denda dikenali sebagai Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap bermula Selasa ini (15 Jun) yang meminimumkan pergerakan tahanan.
Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) memaklumkan sistem itu akan memaparkan status penyelesaian pembayaran denda dan pembebasan tertuduh sebagai tahanan lokap yang telah dijatuhi hukuman denda sahaja.
"Status berkenaan akan dipaparkan pada skrin Sistem Pengurusan Beratur (QMS) tanpa memerlukan pergerakan atau kehadiran tahanan lokap semasa pembayaran denda," menurut kenyataan itu yang menyebut sistem itu akan dilaksanakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor.
Menurut PKPMP, proses asal pembebasan tertuduh hanya boleh dilakukan di Kaunter Pejabat Pendaftaran Mahkamah yang berkenaan dengan kehadiran tertuduh.
"Melalui pelaksanaan sistem ini, tiada keperluan bagi pihak polis mahkamah untuk membawa tertuduh ke Kaunter Pejabat Pendaftaran sekali gus dapat mempercepatkan lagi proses menunggu pembebasan, meminimumkan pergerakan tahanan lokap dan memudahkan orang awam serta ahli keluarga tertuduh untuk mengetahui status pembebasan tertuduh," katanya.
Kenyataan itu menyebut Badan Kehakiman berharap inisiatif itu mampu meningkatkan kualiti akses kepada keadilan dengan memanfaatkan penggunaan teknologi secara optimum serta dapat mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit dengan meminimumkan pergerakan terutama sewaktu musim pandemik COVID-19 ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021

Sistem notifikasi pelepasan lokap itu akan dilaksanakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dr Hazlina dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman - PKPMP
Bekas pengarah di Jabatan Rayuan Khas di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Dr Hazlina Hussain, hari ini dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Dakwaan kaunter jamin ditutup awal tidak benar - PKPMP
PKPMP berkata dakwaan kaunter jamin ditutup awal Khamis lepas sehingga menyebabkan enam tertuduh terpaksa meringkuk di dalam penjara adalah tidak benar.

Tuduhan konspirasi politik dan Ketua Hakim Negara: PKPMP buat laporan polis
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) telah membuat laporan polis berhubung tuduhan-tuduhan wujudnya konspirasi antara pemimpin politik dan Ketua Hakim Negara.

Badan Kehakiman laksana Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap mulai Selasa ini
Sistem itu akan memaparkan status penyelesaian pembayaran denda dan pembebasan tertuduh sebagai tahanan lokap yang telah dijatuhi hukuman denda sahaja.

Tarikh pendengaran kes sivil ditetapkan melalui SMS - PKPMP
Tarikh pendengaran bagi kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan dan Rayuan akan ditetapkan menerusi sistem notifikasi berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS Alert) berkuat kuasa esok.

Sistem e-PG di Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur minggu depan - PKPMP
Sistem Pengakuan Salah Kes Trafik Secara Dalam Talian (sistem e-PG) akan diperluas secara rintis di Mahkamah Majistret 13 (Trafik), Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur minggu depan (15 hingga 19 Feb).