KUALA LUMPUR: Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia di Padang Merbok, ibu negara pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 (3),Peraturan 6 dan Peraturan 7, Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Hasil daripada pemerhatian yang dibuat didapati seramai lebih 220 orang terdiri daripada Ahli Majlis Peguam dan beberapa individu yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti telah berhimpun mengadakan perhimpunan Walk For Judicial Independence sambil memegang plakad dan banner bertulis 'Jom Jalan 4 Judicial Independence, Pertahankan Kebebasan Kehakiman'.
"Di dalam perkara ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 15 (3) Akta Perhimpunan Aman 2012, Peraturan 6 Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawal Penyakit berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022," jelasnya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Tambah Noor Dellhan, pihaknya akan memanggil kesemua individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut untuk membantu siasatan.
"Kesemua individu yang terlibat di dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.
"Pihak Polis menasihati agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang dan tindakan tegas akan diambil dibawah peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa," katanya lagi.
BACA: Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Terdahulu, ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.
Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9.00 pagi di Padang Merbok bagi memberi isyarat jelas menuntut agar Badan Kehakiman terus bebas daripada mana-mana pihak.
Fareez Azman
Fri Jun 17 2022

Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.