Serangan Pakatan Harapan yang berterusan ke atas projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) berdasarkan alasan-alasan yang remah dan perbandingan tidak masuk akal sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi untuk menggagalkan usaha kerajaan mengimbangi pembangunan dengan wilayah-wilayah pantai timur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pembangkang terus-menerus menggunapakai apa-apa alasan yang mereka fikirkan perlu untuk menimbulkan keraguan tentang projek ini, tidak kira sama ada alasan itu benar mahupun sebaliknya.
Beliau merujuk kepada kenyataan bersama tiga anggota Parlimen Pakatan iaitu Rafizi Ramli (PKR-Pandan); Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) berhubung perkara itu semalam.
"Ketiga-tiga mereka berkata saya tidak sepatutnya membandingkan kos projek kereta api luar negara dengan kos ECRL yang menurut mereka bernilai RM91.7 juta setiap kilometer. Saya sepatutnya membandingkan kos ECRL dengan kos projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Johor Bahru sepanjang 179 kilometer yang menurut mereka, masing-masing bernilai RM44 juta dan RM39.8 juta setiap kilometer.
"Ini membuatkan saya menyoal keterdesakan tiga anggota parlimen yang kononnya kompeten sehingga membandingkan kos projek landasan berkembar dengan projek kereta api baharu (greenfield)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Johor Bahru melibatkan kerja-kerja elektrifikasi dan pemasangan landasan selari menggantikan landasan tunggal sedia ada di sepanjang muka bumi yang kurang mencabar dan kurang memerlukan pembinaan terowong dan jambatan.
Beliau menambah ECRL ialah projek kereta api baharu yang akan menembusi Banjaran Titiwangsa yang mencabar dan memerlukan sekurang-kurangnya pelbagai jambatan sepanjang 110 km, pelbagai terowong sepanjang 50 km, stesen-stesen baharu, depot, sistem-sistem isyarat dan infrastruktur sokongan.
Abdul Rahman berkata ECRL turut mempunyai laluan baharu sepanjang 88 km yang akan menghubungkan kawasan Gombak yang berkepadatan penduduk dengan Pelabuhan Klang melibatkan penambahan kos yang tinggi.
"Seperti yang saya katakan, semua projek infrastruktur tidak boleh dibandingkan secara langsung. Sekiranya kita mengambil pendekatan ini, maka projek-projek infrastruktur pengangkutan lain yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Harapan juga boleh dipersoalkan.
"Sebagai contoh, jawapan kerajaan negeri Pulau Pinang diketuai DAP pada Jun lalu mengenai kos projek Terowong dasar Laut Pulau Pinang mengesahkan bahawa kos laporan kebolehlaksanaan dan rekabentuk sahaja mencecah RM10.3 juta setiap kilometer bagi jalan berpasangan dan RM13.2 juta setiap kilometer untuk terowong sepanjang 7.2 km - berjumlah RM305 juta yang kerajaan Pulau Pinang menegaskan bahawa jumlah itu adalah munasabah dan berada dalam had," kata beliau.
Semasa membentangkan Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa projek ECRL akan dilaksanakan mengikut fasa-fasa melibatkan laluan dari Pelabuhan Klang, Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan akhir sekali, Tumpat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2016

ABDUL RAHMAN: ECRL turut mempunyai laluan baharu sepanjang 88 km yang akan menghubungkan kawasan Gombak yang berkepadatan penduduk dengan Pelabuhan Klang.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.

Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.

PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.

Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.

PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.

'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.

PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).