Serangan ke atas seorang anggota rombongan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Phuket, Thailand Rabu lepas, bermotifkan rompakan dan bukan ancaman terhadap Tunku Annuar atau anggota rombongan lain.
Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata perkara itu dimaklumkan polis Thailand hasil siasatan awal.
"Siasatan awal polis Thailand mendapati insiden ini ada kaitan dengan sindiket mencuri pasport kerana harga pasaran pasport haram adalah tinggi," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
"Tunku Annuar yang juga Tunku Bendahara Kedah turut mengesahkan sepanjang percutian ke Phuket mulai 27 hingga 30 Mei lepas tidak menghadapi apa-apa masalah dan berjalan dengan lancar," katanya lagi.
Menurut beliau, pada malam kejadian Pembantu Khas Tunku Annuar, Mohd Sobri Said yang pulang ke biliknya di sebuah hotel mendapati ada empat individu di dalam bilik itu yang kemudian bertindak menyerangnya.
Mereka kemudian merampas pasport Malaysia beliau, telefon bimbit dan dompetnya tetapi tidak mengambil barangan lain, kata Syed Unan.
Media hari ini melaporkan polis Thailand menahan dua lelaki rakyat Malaysia berumur 40-an bagi membantu siasatan kes tersebut. Turut ditahan isteri mereka serta seorang rakyat Thailand.
Bernama
Sat Jun 01 2013
![Serangan ke atas rombongan diraja Kedah bermotifkan rompakan Serangan ke atas rombongan diraja Kedah bermotifkan rompakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41370088402_120x90.jpg)
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Arca Buddha di Bukit Choras, Kedah lebih tua dari Angkor Wat Arca Buddha di Bukit Choras, Kedah lebih tua dari Angkor Wat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719392117_arca.jpg)
Arca Buddha di Bukit Choras, Kedah lebih tua dari Angkor Wat
Arca Buddha berbentuk manusia dari abad kelapan hingga kesembilan di kawasan Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia.
![105 kes jangkitan kencing tikus dicatat di Kedah 105 kes jangkitan kencing tikus dicatat di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718972015_TBKENCINGTIKUS.jpg)
105 kes jangkitan kencing tikus dicatat di Kedah
Sebanyak 105 kes jangkitan kencing tikus atau leptospirosis telah dicatatkan di Kedah dari 1 Jan hingga 8 Jun lepas dengan satu kematian direkodkan.
![Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705586530_BanjirBukitRaja.jpg)
Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS
Keseluruhan mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu adalah sebanyak 615 orang setakat petang ini.
![Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715906039_KEDAH.jpg)
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
![Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714832418_SanusiAnwarIbrahi.jpg)
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
![Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714832473_SanusiAnwarIbrahi.jpg)
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
![Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714475112_MahfuzOmar.jpg)
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
![KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714303933_TBPADIBERNAMA.jpg)
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
![Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711461183_AwangHidzelAwangB.jpg)
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
![Air terjun Titi Hayun kering-kontang Air terjun Titi Hayun kering-kontang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710898410_TBAirterjunjpg.jpg)
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.