SHAH ALAM: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta pihak polis meningkatkan tahap kawalan keselamatan susulan tiga insiden serangan jenayah terhadap pemain bola sepak negara baru-baru ini.
"Permintaan saya kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) petang tadi adalah untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku tetapi juga kepada semua yang terlibat... itu jaminan keselamatan yang saya beri tadi.
"Saya meletakkan keyakinan tinggi atas permintaan yang saya anggap munasabah dan kena pada masanya... pihak polis di sebalik tugas hakiki yang lain, akan melibatkan tugasan untuk berikan jaminan kepada keselamatan," katanya kepada pemberita di sebuah hospital swasta di sini hari ini.
Terdahulu, beliau bersama-sama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menziarahi pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim selepas pemain berusia 26 tahun itu cedera disimbah asid di pusat beli-belah di Petaling Jaya pada Ahad lepas.
Saifuddin Nasution berkata beliau dimaklumkan oleh doktor pakar bahawa Faisal Halim, yang lebih mesra disapa 'Mickey' dalam kalangan peminat sukan bola sepak, berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kedua semalam.
"Barisan doktor memaklumkan bahawa keadaan fizikal Faisal dilihat berada pada tahap optimum dari sudut kesihatannya... itu memberikan kelegaan kerana reaksi beliau terhadap proses rawatan berikutnya sangat bergantung kepada keadaan fizikalnya.
"Saya tunjuk isyarat berdoa iaitu seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan Faisal dan saya dapat daripada pandangan matanya semacam mahu berkomunikasi dengan kami tapi cukuplah saya tunjukkan isyarat doa," katanya.
Baru-baru ini, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim cedera dipercayai disimbah asid dan pemain yang memenangi gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar Januari lepas itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat di beberapa bahagian anggota badan selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad malam selain pergerakan serta percakapannya turut terbatas.
Insiden malang itu adalah yang kedua menimpa pemain negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di bahagian kepala dan kaki selepas diserang serta disamun oleh dua individu di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu pada Khamis lepas.
Semalam, pemain Johor Darul Ta'zim Safiq Rahim pula diserang di Johor Bahru oleh dua lelaki menaiki motosikal yang bertindak memecahkan cermin bahagian belakang keretanya menggunakan tukul besi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
SAIFUDDIN: Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat. - Gambar fail
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Kerajaan komited ke arah pembukaan semula sempadan Wang Kelian - Saifuddin
Kerajaan komited dalam usaha membuka semula Zon Aliran Bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian yang dimansuhkan sejak 2015.
Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Parlimen pada Julai ini.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
LPF tidak akan lulus filem papar kandungan LGBTQ - Saifuddin Nasution
Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak akan meluluskan tayangan mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup LGBTQ, bergantung kepada keseluruhan jalan cerita.
Rakyat Malaysia tunjuk minat luar biasa sertai PDRM
Rakyat Malaysia menunjukkan minat yang luar biasa untuk menyertai PDRM meskipun terdapat pelbagai laporan berkaitan kes integriti anggota pasukan itu akhir-akhir init
Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.
KDN tambah baik proses permohonan taraf kewarganegaraan - Saifuddin
Proses temu duga yang lebih santai antara yang sedang dipertimbangkan oleh KDN dalam menambah baik permohonan bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian.
KDN terbuka cadangan perkemas Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka mengenai cadangan untuk memperkemaskan kaedah polis menangani permohonan penganjuran perhimpunan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.