Bunyi letupan bom, bangunan bergegar, kepulan asap dan orang ramai bertempiaran lari merupakan antara detik cemas dirasai sekumpulan pelajar Malaysia dalam insiden serangan bom di dua buah gereja Kristian Koptik di Mesir semalam.
Mereka menyifatkan kejadian pada kira-kira 12 tengah hari waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia) itu yang mengorbankan 47 orang dan mencederakan 137 orang itu sangat dahsyat dan menggemparkan kerana berlaku di kawasan yang sebelum ini aman dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong.
Pelajar Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah Nurul Syafiqah Mohd Badri berkata sewaktu kejadian beliau dan rakan-rakannya sedang berehat di dalam bilik sebelum digemparkan dengan letupan bom tersebut.
"Saya berlari keluar kerana terkejut dengan bunyi letupan yang sangat kuat kerana gereja berdekatan dengan bangunan kami. Bila saya pandang ke luar tingkap, semuanya berhabuk.
"Bila saya pandang bawah, jalan raya penuh dengan orang ramai yang menjerit-jerit termasuk golongan wanita. Bila kami semua sedar itu adalah bom, kami terus berkumpul dan duduk di dalam bilik hingga keadaan tenang.
"Kemudian, pengawal keselamatan mengunci bangunan dan pihak pengurusan tidak membenarkan sesiapa pun keluar masuk sehingga keadaan kembali terkawal sepenuhnya," katanya kepada Bernama hari ini.
Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan anak sulung dari dua beradik itu berkata kelas pembelajaran berjalan seperti biasa namun pelajar tidak digalakkan untuk keluar jika tiada keperluan mendesak.
Memandangkan lokasi biliknya berdekatan dengan gereja, beliau sempat mendengar dan melihat laungan daripada sekumpulan penunjuk perasaan beberapa jam selepas insiden itu namun tiada insiden tidak diingini berlaku.
"Mereka masih berbuat demikian sehingga empat jam lamanya. Mereka hanya berhenti selepas azan Asar kedengaran. Ketika itu, ambulans masih lagi kelihatan," katanya yang tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran terselamat daripada insiden tersebut.
Rakan sekelasnya, Amir Zahin Al Mukmin Japar, 24, dari Melaka berkata sejurus letupan bom, beliau terus ke tingkap dan merakamkan pergerakan ambulans dan teriakan orang ramai di bawah tempat tinggalnya yang terletak kira-kira 400 meter dari kawasan letupan.
Katanya beliau tidak percaya, jalan yang dilalui setiap hari itu, Sezostres Street bertukar menjadi kawasan yang dipenuhi darah dan lokasi letupan yang penuh dengan riuh rendah.
"Ya Allah rasa takut sangat sebab jalan tu memang selalu kami gunakan. Trafik di kawasan tersebut terhenti dan semua kenderaan yang berada di atas jalan itu tidak boleh bergerak, malah pemandu semua bertempiaran lari," katanya.
Jelasnya, beliau sempat menghubungi ibu bapa menerusi aplikasi WhatsApp sejurus kejadian dan dinasihatkan supaya tidak pergi ke masjid buat masa ini walaupun ia berdekatan.
Katanya terdapat kira-kira 50 orang pelajar di dalam bangunan menempatkan pelajar tajaan Mara tersebut dan kini semuanya menunggu arahan lanjut daripada pihak pentadbiran sama ada perlu pulang ke Malaysia atau kekal di sana.
Seorang lagi pelajar perubatan di universiti yang sama, Muhammad Zikry Hamedi, 23, berkata susulan insiden itu pihak Mara Mesir dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah mengeluarkan nasihat menerusi SMS menggesa pelajar Malaysia yang berada di Iskandariah untuk berhati-hati dan mengikut nasihat keselamatan sehingga keadaan stabil.
"Buat masa sekarang, kelas dan pembelajaran berjalan seperti biasa, cuma kami dinasihatkan supaya tidak keluar dari premis atau asrama sekiranya tiada urusan yang penting," katanya dan menambah pelajar juga dinasihatkan tidak menghampiri kawasan gereja St. Mark dan gereja-gereja sekitar Iskandariah.
Beliau berkata sehingga kini bekalan makanan, minuman dan talian komunikasi masih lagi stabil dan boleh digunakan selepas insiden tersebut berlaku.
Seorang lagi pelajar, Hanna Maisara Johari, 20, dari Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah pula berkata sehingga kini, beliau dan rakannya yang menyewa di sekitar kawasan universiti tidak kerap keluar dan hanya menunggu perkembangan daripada pihak berkuasa dan pentadbiran.
Beliau menzahirkan kebimbangan apa yang akan berlaku kelak memandangkan ada di antara rakan sekelasnya yang beragama Kristian dan sama ada insiden itu akan menjejaskan hubungan sesama mereka.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka. Jujurnya, orang Kristian dan orang Islam di sini sangat rapat dan begitu baik antara satu sama lain. Saya tidak faham kenapa insiden bom itu boleh berlaku.
"Saya harap ia tidak seteruk seperti apa yang terjadi sewaktu seperti zaman revolusi beberapa tahun lepas," katanya yang turut bimbang kemungkinan peperiksaan akan ditangguhkan sehingga keadaan pulih sediakala.
Serangan bom pertama di Tanta itu telah meragut 29 nyawa dan mencederakan 71 orang manakala serangan kedua di Iskandariah telah mengorbankan 18 orang dan mencederakan 66 orang.
- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2017
Bunyi letupan bom, kepulan asap dan orang ramai bertempiaran lari merupakan antara detik cemas dirasai sekumpulan pelajar Malaysia. -REUTERS/Mohamed Abd El Ghany
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Serangan bom di Mesir: Pelajar Malaysia selamat, cerita detik cemas
Bunyi letupan bom, bangunan bergegar, kepulan asap dan orang ramai bertempiaran lari merupakan antara detik cemas dirasai sekumpulan pelajar Malaysia.
Sekurang-kurangnya 36 maut di Mesir dalam serangan bom di gereja
Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut yang berlaku seminggu sebelum sambutan Easter Koptik.
Puluhan maut dalam letupan berhampiran gereja Kristian Koptik di Kaherah Mesir
Letupan berlaku di Saint Mark's Coptic Orthodox Cathedral di kawasan kejiranan Abbasiya dan turut mencederakan 10 yang lain.