Satu letupan kuat berhampiran sebuah gereja Kristian Koptik di Kaherah meragut sekurang-kurangnya 22 nyawa.

Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu kenyataan memaklumkan letupan berlaku di Saint Mark's Coptic Orthodox Cathedral di kawasan kejiranan Abbasiya dan turut mencederakan 35 yang lain.

Masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab, namun kumpulan militan di Semenanjung Senai sering menjadikan warga Kristian dan Islam yang bekerjasama dengan kerajaan sebagai sasaran serangan.

Pihak berkuasa percaya sebuah bom dilontar ke dalam sebuah gereja terbabit sebelum meletup.

Agensi berita rasmi Mesir, Mena, melaporkan penyerang terbabit melontar bom di dinding luar gereja yang juga merupakan pejabat pemimpin spiritual ortodok Krisitan Mesir, Pope Tawardos II.

Penganut Kristian Koptip terdiri daripada 10 peratus dari 90 juta jumlah warga Mesir.