Sehingga kini, seramai 686 rakyat Malaysia di Yaman yang telah dievakuasi dari empat bandar di negara berkenaan - Sana'a, Hodeidah, Aden dan Hadramawt - telah selamat tiba di Malaysia.
Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan pada Rabu berkata kementerian dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi berkaitan yang lain telah berjaya melaksanakan beberapa siri evakuasi rakyat Malaysia dari Yaman.
"Kementerian Luar Negeri sentiasa memantau keadaan semasa di Yaman, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman; Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh; dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sentiasa bersiap sedia untuk sebarang perancangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Yaman.
"Malah pegawai Kedutaan Malaysia di Yaman sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang berkeras untuk kekal di sana dan memaklumkan kepada mereka mengenai keadaan keselamatan di Yaman.
"Setiap peluang sentiasa dimanfaatkan bagi menggesa mereka supaya kembali ke Malaysia," menurut kenyataan itu.
Semenjak November 2014, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri telah mengarahkan semua rakyat Malaysia supaya meninggalkan Yaman.
Kementerian juga telah meningkatkan penyampaian maklumat ini melalui pelbagai saluran termasuk media sosial.
Menurut kenyataan itu, mengambil kira situasi di Yaman sekarang, Kementerian Luar Negeri sekali lagi menggesa supaya semua rakyat Malaysia untuk segera meninggalkan Yaman.
"Kebanyakan pejabat kedutaan asing di Yaman juga telah ditutup.
"Semua rakyat Malaysia yang memilih untuk terus berada di Yaman haruslah memikul tanggungjawab untuk tidak mendedahkan diri mereka kepada risiko keselamatan di sana," katanya.
Bernama
Wed Apr 22 2015

Sehingga kini, seramai 686 rakyat Malaysia di Yaman yang telah dievakuasi dari empat bandar di negara berkenaan. - Gambar Fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Seramai 686 rakyat Malaysia dievakuasi, selamat tiba di Malaysia
Sehingga kini, seramai 686 rakyat Malaysia di Yaman yang telah dievakuasi dari empat bandar di negara berkenaan - Sana'a, Hodeidah, Aden dan Hadramawt - telah selamat tiba di Malaysia.