Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka menahan 30 individu termasuk sepasang suami isteri dipercayai penagih dadah dalam serbuan Operasi Perdana kira-kira dua jam sebelum waktu berbuka puasa, semalam.
Timbalan Pengarah AADK Melaka, A. Reuben berkata kesemua suspek berusia antara 24 dan 58 tahun itu ditahan ketika mereka berpusu-pusu masuk ke sarang penagihan di bekas tapak pelupusan sampah di Krubong di sini untuk 'menjamu' juadah berbuka puasa.
"Serbuan ini hasil maklumat awam serta risikan dan dua wanita yang ditahan berusia 24 dan 36 tahun itu dipercayai masuk ke kawasan berkenaan untuk mendapatkan bekalan mereka. Wanita berusia 24 tahun itu datang bersama suaminya.
"Kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang lelaki yang merupakan bekas penjawat awam berusia 52 tahun, didapati positif dadah jenis heroin dan methamphetamine," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini, malam tadi.
Beliau berkata, operasi selama lima jam yang melibatkan 35 pegawai dan anggota AADK Melaka itu turut merampas kira-kira 100 gram dadah dipercayai jenis heroin serta beberapa peralatan untuk menghisap dadah.
Reuben berkata 25 individu akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 manakala lima lagi yang merupakan Orang Kena Pengawasan (OKP) yang masih menagih dadah akan dituduh kerana melanggar syarat pengawasan yang ditetapkan.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ayer Keroh di sini untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 29 2018
25 individu akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 manakala lima lagi yang masih menagih dadah akan dituduh kerana melanggar syarat pengawasan. - Gambar hiasan
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Sepasang suami isteri antara 30 penagih ditahan AADK Melaka
Semua suspek berusia antara 24 dan 58 tahun itu ditahan ketika mereka berpusu-pusu masuk ke sarang penagihan di bekas tapak pelupusan sampah di Krubong di sini untuk 'menjamu' juadah berbuka puasa.