SEPANG: Sebanyak 10 lokaliti wabak denggi aktif dengan jumlah kumulatif sebanyak 438 kes direkodkan pada minggu epid 24 bagi daerah Sepang.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Zulnaidy Zulkifli berkata, lokasi 'panas' wabak di daerah itu meliputi Kampung Baru Dengkil, Apartmen Cempaka Bukit Puchong 2 dan Taman Permata manakala wabak baharu dikesan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda.
"Wabak terkawal pula di Taman Mawar C, Kampung Sungai Merab Luar, Tiara Height, Taman Intan, Apartmen Ruvena Villa Putra Perdana dan Ceria Residences Cyberjaya.
"Sebanyak 38 kes demam denggi telah didaftarkan pada minggu epid 21, diikuti minggu epid 22 (25 kes), minggu epid 23 (42 kes) dan minggu epid 24 dengan 37 kes.
"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes demam denggi di daerah Sepang pada tahun 2022 sebanyak 438 kes," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Menerusi kenyataan itu, beliau menyeru kerjasama masyarakat untuk memastikan tiada pembiakan aedes di kawasan sekeliling rumah dengan mengamalkan pemeriksaan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu.
"Aktiviti memeriksa dan menghapuskan pembiakan aedes perlu dipertingkat terutama ketika cuaca yang tidak menentu ketika ini.
"Sesungguhnya, masa yang diluangkan hanya 10 minit untuk menghapuskan aedes ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang yang kita sayangi," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 02 2022

10 lokaliti wabak denggi aktif dengan jumlah kumulatif sebanyak 438 kes direkodkan pada minggu epid 24 bagi daerah Sepang. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes demam denggi menurun pada ME52, satu kematian dilaporkan
Jumlah keseluruhan kes demam denggi tahun lepas adalah sebanyak 122,423 kes dengan 117 kematian.

Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.

Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME 36, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,870 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 iaitu pada tempoh 1 hingga 7 Sept.

Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM
Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lepas kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas.