PASIR GUDANG: Seorang pemuda maut manakala enam lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.2 Lebuhraya Senai-Desaru dekat sini pada Ahad.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Subri Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4.24 petang.
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu utiliti Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan berlaku semasa MPV Proton Exora dinaiki sembilan orang itu dari arah Cahaya Baru ke Bandar Penawar, Kota Tinggi. MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas di tepi jalan sebelum terbalik.
"Kemalangan itu menyebabkan seorang mangsa, PR Rajeshwaran, 33, cedera dan tersepit di bahagian bawah kereta. Pihak bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas.
Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, seorang lelaki dewasa dan lima perempuan dewasa berusia antara 15 sehingga 53 tahun cedera tetapi tidak tersepit manakala dua lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau memberitahu, operasi mangsa tamat pada jam 5.35 petang.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 30 2023
![Seorang maut, enam cedera dalam nahas MPV Seorang maut, enam cedera dalam nahas MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682869772_TBkemalanganmaut.jpg)
Seorang pemuda maut manakala enam lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.2 Lebuhraya Senai-Desaru dekat sini pada Ahad. - Sinar Harian
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
![Pelajar maut, lapan lagi cedera dua MPV bertembung Pelajar maut, lapan lagi cedera dua MPV bertembung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702712736_kemalangan.jpg)
Pelajar maut, lapan lagi cedera dua MPV bertembung
Seorang pelajar maut manakala lapan lagi cedera dalam nahas membabitkan dua MPV di Jalan Dato Mahmud di Kuantan pada awal pagi ini.
![Seorang maut, enam cedera dalam nahas MPV Seorang maut, enam cedera dalam nahas MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682869772_TBkemalanganmaut.jpg)
Seorang maut, enam cedera dalam nahas MPV
Seorang pemuda maut manakala enam lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.2 Lebuhraya Senai-Desaru dekat sini pada Ahad.