JERANTUT: Seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer (KM) 18, Jalan Jerantut-Temerloh berdekatan Bukit Ketupat pada jam 7.45 petang, semalam.
Ketua Polis Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, mangsa Bahari A/l Sayang, 44 tahun, yang memandu kereta jenis Proton Wira beralamat di Kampung Galing Besar, Kuantan, maut di wad kecemasan Hospital Jerantut pada jam 3.20 pagi.
Kematian mangsa dilaporkan berpunca daripada kecederaan di bahagian dada dan bedah siasat akan dijalankan selepas ujian COVID-19 diperolehi.
Katanya, hasil siasatan awal kemalangan pemandu Proton Wira yang dalam arah perjalanan dari Temerloh menuju ke Jerantut dan pemandu Proton Persona bersama empat ahli keluarganya dalam perjalanan dari arah Jerantut menuju ke Temerloh.
“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu Proton Wira telah gagal mengawal kenderaan dipandunya dan memasuki ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan ini, kesemua mangsa terlibat telah dibawa ke Hospital Jerantut untuk rawatan lanjut. “ katanya.
Katanya, pemandu Proton Persona berusia 33 tahun yang beralamat di Jasin, Melaka, mengalami kecederaan di bahagian dada dan dirawat sebagai pesakit luar.
“Manakala, isteri kepada pemandu Proton Persona yang duduk di bahagian penumpang hadapan berusia 31 tahun tidak mengalami kecederaan.
“Anak kepada pasangan suami isteri yang berada di dalam motokar Proton Persona yang duduk bahagian penumpang belakang berusia 9 tahun mengalami patah peha dan luka di kepala, seorang lagi anak pasangan itu berusia 5 tahun tidak mengalami kecederaan,” jelasnya.
Katanya, keadaan jalan lurus, dengan satu lorong dua hala dan mempunyai garisan putih berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi lorong.
Cuaca pada waktu kejadian juga baik, serta permukaan jalan kering namun keadaan gelap tanpa lampu jalan.
“Kedua-dua kenderaan itu mengalami kerosakan remuk keseluruhan bahagian hadapan. Kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya lagi.
Astro Awani
Wed Jun 08 2022
![Seorang maut, empat sekeluarga terselamat dalam kemalangan di Jalan Jerantut-Temerloh Seorang maut, empat sekeluarga terselamat dalam kemalangan di Jalan Jerantut-Temerloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654683444_kemalangan.jpg)
Seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan di KM18, Jalan Jerantut-Temerloh petang semalam. - Foto ihsan IPD Jerantut
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Suami isteri maut, tak sempat elak kereta hilang kawalan Suami isteri maut, tak sempat elak kereta hilang kawalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739402797_Suamiisterimaut.jpg)
Suami isteri maut, tak sempat elak kereta hilang kawalan
Dalam kejadian petang Rabu itu, pasangan berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
![Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911973_TBKhlongHae.jpg)
Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.
![CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718185949_MohideenAbdulKader.jpg)
CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.
![Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737877605_tbmahasiswaMalaysia.jpg)
Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya
Tiga mahasiswa, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.
![Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737769765_kemalangan.jpg)
Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.
!['Kami akan jaga adik tiri sampai bila-bila' 'Kami akan jaga adik tiri sampai bila-bila'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735697851_kemalangan.jpg)
'Kami akan jaga adik tiri sampai bila-bila'
Kemalangan melibatkan tiga kenderaan itu meragut tiga nyawa termasuk pasangan suami isteri, Marzlan Abu Hassan dan Noriza Saad.
![Nahas ngeri Ayer Keroh: Ini apa anda perlu tahu Nahas ngeri Ayer Keroh: Ini apa anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734968797_nahasbasAyerKeroh.jpg)
Nahas ngeri Ayer Keroh: Ini apa anda perlu tahu
Nahas kemalangan jalan raya yang mengorbankan 5 sekeluarga serta dua yang lain di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Ayer Keroh pada Isnin, menggemparkan di saat negara memasuki perayaan Krismas.
![Nahas Ayer Keroh: PM Anwar ucap takziah, duka cita atas tragedi menimpa mangsa Nahas Ayer Keroh: PM Anwar ucap takziah, duka cita atas tragedi menimpa mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735028919_kemalangan.jpg)
Nahas Ayer Keroh: PM Anwar ucap takziah, duka cita atas tragedi menimpa mangsa
Beliau mendoakan agar mereka yang terkorban diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya.
![22 maut dalam nahas jalan raya di Brazil 22 maut dalam nahas jalan raya di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734816923_TBaccident.jpg)
22 maut dalam nahas jalan raya di Brazil
Menurut pihak berkuasa, pemandu bas dipercayai hilang kawalan selepas tayar kenderaan itu pecah.
![Dua termasuk pelajar UTP maut nahas jalan raya di Perak Dua termasuk pelajar UTP maut nahas jalan raya di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731291125_kemalanganmaut.jpg)
Dua termasuk pelajar UTP maut nahas jalan raya di Perak
Kereta yang mereka naiki terbabas berhampiran pasar raya Econsave Bandar Seri Iskandar.