Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di kilometer 14 Lebuhraya Latar dari arah Templer ke Kuala Selangor tengah malam Ahad.

Kejadian dilaporkan berlaku kira kira jam 11.30 malam berhampiran Plaza Tol Kuang Barat.

Difahamkan mangsa dalam perjalanan dari arah Rawang ke rumah mereka di Kuala Selangor.

Rempuhan kuat itu menyebabkan penumpang wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Nurul maut di tempat kejadian.

Manakala pemandunya mengalami cedera parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Rempuhan itu juga menyebabkan enjin kereta Proton Persona itu tercampak sejauh 10 kilometer.

Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti kenderaan tersebut berpunca dari enjin kereta potong atau masalah teknikal.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh utk dibedah siasat.