Seorang maut manakala dua lagi masih menerima rawatan akibat dijangkiti demam denggi di Kampung Pelawan B, Langkap, Perak.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ding Lay Ming dalam kenyataan pada Ahad berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak menerima laporan kes pertama disahkan demam denggi pada 15 Julai manakala dua lagi kes dilaporkan Jumaat lepas.
"Satu daripada tiga kes ini telah meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan demam denggi manakala seorang lagi sedang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan satu kes lagi adalah stabil dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya.
Beliau berkata hasil pemeriksaan pihaknya mendapati punca utama kejadian wabak adalah terdapat kadar pembiakan Aedes yang tinggi di lokaliti itu.
Antara tempat pembiakan yang dijumpai di kawasan ini adalah perigi dan kolam terbiar, mangkuk susu getah di kebun getah dan tong-tong susu getah yang ditinggalkan terbiar di kawasan kebun berkenaan.
Sehubungan itu, Dr Ding berkata Jabatan Kesihatan dan PKD Hilir Perak telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung penularan wabak berkenaan.
"Antaranya termasuk menjalankan pemeriksaan dan penghapusan tempat pembiakan, melakukan aktiviti pengesanan kes secara aktif dan melaksanakan aktiviti 'larvaciding', Semburan Ruang Thermal (SRT) dan Semburan Ultra Low Volume (ULV) di sekitar kawasan wabak serta kampung berhampiran iaitu Kampung Pelawan A.
"Sebanyak 82 rumah diperiksa oleh anggota kesihatan. Tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di mana lima kompaun dan empat notis pembersihan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 telah dikeluarkan terhadap pemilik premis yang membiak Aedes," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai terutamanya di kawasan yang dijangkiti wabak supaya sentiasa peka dengan kebersihan persekitaran dan segera melakukan aktiviti pembersihan kawasan serta menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di luar atau di dalam rumah.
"Sekiranya mengalami demam, segeralah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari klinik kesihatan terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2019
![Seorang maut akibat denggi di Langkap, Perak Seorang maut akibat denggi di Langkap, Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71517215629_MosquitoAEDES.jpg)
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak menerima laporan kes pertama disahkan demam denggi pada 15 Julai manakala dua lagi kes dilaporkan Jumaat lepas.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720781067_TBSEMBURDENGGI.jpg)
Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu
Kes demam denggi dilaporkan terus meningkat kepada 2,805 kes pada Minggu Epidemiologi ke-27 (ME 27) iaitu bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai lepas berbanding 2,788 kes pada minggu sebelumnya.
![Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
![2 kematian akibat denggi minggu lalu 2 kematian akibat denggi minggu lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719635904_mayat.jpg)
2 kematian akibat denggi minggu lalu
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,438 kes pada Minggu Epidemiologi ke-25 (ME25) iaitu bagi tempoh 16 hingga 22 Jun berbanding 2,900 kes pada minggu sebelumnya.
![KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717830438_AEDES.jpg)
KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.
![Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709020690_AEDES.jpg)
Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 2,426 kes pada Minggu Epidemologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 19 Mei hingga 25 Mei lepas.
![Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716803889_TBSEMBURDENGGI.jpg)
Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.
![4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM 4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619588856_Smoking.jpg)
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
![Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670220742_Foging.jpg)
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
![Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713498344_RadziAbuHassan.jpg)
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
![Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709020690_AEDES.jpg)
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.