Seorang maut dan sekurang-kurangnya 34 orang cedera selepas sebuah bas ekspress merempuh sebuah lori yang berhenti di tepi jalan selepas mengalami kerosakan di Kilometer 285, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi Bomba, PBK Dua Abd Manaf Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan itu kira-kira jam 4.30 pagi.

Menurutnya, sejurus jentera bomba tiba di tempat kejadian, telah menemui seorang mangsa yang juga pemandu bas tercampak keluar dan tersepit di bawah tayar lori.

Katanya, mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluar, namun disahkan oleh pihak hospital meninggal dunia.

Gambar Astro AWANI
Pemeriksaan lanjut mendapati, tiga penumpang mengalami kecederaan parah.

Seramai 31 orang mangsa, termasuk seorang bayi dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital.