Seorang lagi pesakit kini dirawat di sebuah hospital di Sarawak setelah disyaki dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan masih menunggu keputusan ujian kesihatan pesakit itu dan sekiranya positif, dia merupakan individu keempat yang dijangkiti penyakit itu.
"Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut berhubung perkara itu... sekarang kami beri rawatan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) sebanyak RM100,000 kepada Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.
Sumbangan daripada Tabung Zakat UEM Edgenta itu adalah untuk kegunaan pesakit-pesakit asnaf di HPP yang memerlukan rawatan perubatan termasuk pembedahan. Turut hadir Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Azmir Merican dan Pengarah HPP Datuk Dr Norsidah Ismail.
Mengenai kanak-kanak perempuan yang masih dirawat di Hospital Umum Sarawak akibat dijangkiti rabies, Dr Hilmi berkata keadaan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik, berumur empat, enam dan tujuh tahun di daerah Serian disahkan dijangkiti rabies.
Dua daripada mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak.
Pada 4 Julai, dua beradik Jackson Mazlan, 4, dan kakaknya, Monica, 6, dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian, meninggal dunia selepas ibu bapa mereka membenarkan doktor mencabut sistem sokongan hayat memandangkan hasil dianogsis mengesahkan mereka mati otak.
Sementara itu, Dr Hilmi berharap lebih banyak syarikat terutama syarikat korporat berkaitan kerajaan (GLC) menyumbang kepada tabung kebajikan hospital kerajaan di seluruh negara dalam usaha membantu pesakit kurang berkemampuan yang memerlukan rawatan sakit kronik terutama pembedahan segera.
"Kerajaan memang sediakan tabung kebajikan itu untuk membantu pesakit kurang berkemampuan di hospital-hospital kita dan setiap tahun sebanyak RM30 juta hingga RM40 juta diperuntukkan namun ia belum mencukupi bagi membantu mereka," katanya.
Dalam pada itu, Azmir berkata selain HPP, pihaknya turut menyumbangkan RM100,000 kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh, Perak bagi membantu pesakit dan berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban serta membolehkan mereka mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya.
"Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat UEM Edgenta dan kami bercadang untuk meneruskan usaha murni ini pada masa hadapan di HPP, HRPB dan hospital lain serta komuniti setempat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2017
Dr Hilmi (dua, kiri) menyaksikan penyerahan replika cek daripada Azmir Merican (kiri) kepada Dr Norsidah Ismail (kanan) pada Majlis Penyerahan Replika Cek Tabung Zakat UEM Edgenta Berhad kepada Hospital Pulau Pinang hari ini. -- fotoBERNAMA
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Prestasi Sime Darby Property Kembali pulih, untung bersih suku ketiga catat RM56.13 juta
SDP kembali pulih dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM56.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022.
Seorang lagi disyaki dijangkiti rabies di Serian - Dr Hilmi
Beliau berkata Kementerian Kesihatan masih menunggu keputusan ujian kesihatan pesakit itu dan sekiranya positif, dia merupakan individu keempat yang dijangkiti penyakit itu.