Seorang pemancing ikan dikhuatiri lemas apabila bot fiber yang dinaikinya bersama seorang lagi rakan karam di Kampung Baru Gebeng, Pahang pada Ahad.
Pasukan Bomba dan Penyelamat kini sedang meneruskan rondaan di pesisiran pantai bagi mencari mangsa.
Mangsa yang dikenali sebagai Tan Kok Meng, 37 dikhuatiri lemas ketika menaiki bot yang karam di tempat kejadian.
Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ashrul Riezal Asbar, kejadian itu berlaku kira-kira 100 meter dari persisiran pantai berkenaan.
Antara halangan yang dihadapi pihak bomba adalah ombak tinggi yang menyukarkan mereka mencari mangsa terbabit.
“Kita khuatiri ombak besar, lebih kurang dua ke tiga meter. Ia memang berbahaya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti menyelamat. Walau bagaimanapun pihak kami mencuba sebaik mungkin untuk memastikan mangsa ditemui,” kata Ashrul.
Beliau menambah, operasi mencari akan diteruskan dengan teknik lain termasuk pencarian di permukaan laut serta rondaan bot.
Sementara itu, rakan mangsa yang ditemui berasa amat sedih apabila aktiviti memancing mereka bertukar menjadi tragedi buruk.
“Tidak sampai 500 meter, tiba-tiba ombak menjadi besar. Saya tenggelam dan kemudian berenang ke tepi pantai. Saya tidak dengar suara. Saya cuba menyelamatkan diri tetapi saya tidak jumpa dia apabila sampai di tepi pantai,” kata Yong Sang.
Pihak penguatkuasa turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti air semasa musim tengkujuh ini.
Astro Awani
Mon Dec 22 2014
Tan Kok Meng dikhuatiri lemas ketika menaiki bot yang karam di tempat kejadian. - Foto Astro AWANI
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Seorang dikhuatiri lemas akibat memancing ikan di laut
Bot fiber yang dinaiki dua sahabat memancing ikan di Kampung Baru Gebeng karam dan seorang daripada mereka dikhuatiri lemas.