Jenazah seniwati Latifah Omar selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur pukul 11.30 pagi (Isnin).

Pemilik nama Fatimah Omar ini meninggal dunia pada Ahad akibat ulser usus.

Latifah disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.

Anak sulungnya, Affendi Rahmat menyifatkan ibunya seorang yang tabah meskipun dalam keadaan uzur.

Rakan seperjuangan, pelakon veteran Datuk Mustapha Maarof turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Antara rakan artis yang turut menziarahi ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Maria Menado, Dayang Sulu, Melissa Saila dan Datuk Sarimah Ahmad.

Latifah meninggalkan empat anak termasuk seorang anak angkat hasil daripada tiga perkahwinan bersama sembilan orang cucu.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Allahyarhamah dimasukkan ke HUKM seminggu lalu akibat kanser usus.

Seniwati terkenal era Cathay Keris itu sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad.

Antara filem yang dibintanginya termasuk Bawang Putih Bawang Merah, Hang Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Gurindam Jiwa dan Putus Sudah Kasih Sayang.