GEORGE TOWN: Seni perfileman negara kini dicemari dan dipengaruhi dengan pemikiran liberal apabila penggiat seni dilihat hilang sensitiviti terhadap kesucian agama terutama Islam yang sepatutnya dihormati sebagai agama negara.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, bagi golongan berfikiran liberal, mereka berpendapat, tiada apa di dalam kehidupan ini yang perlu dihormati.
Menurutnya, bagi golongan itu, semua perkara boleh dijadikan bahan permainan, diperkotak-katikkan malah boleh dihina dan dipersendakan mengikut kemahuan mereka.
"Memang ada sebahagian orang filem yang menganut aliran seni untuk seni.
"Golongan ini tidak peduli kepada kesan aktiviti seni yang dihasilkan terhadap kerosakan kepercayaan dan tingkah laku penonton.
"Yang mereka pentingkan adalah kepuasan di samping keuntungan material yang diraih.
"Mereka lebih suka memperbesarkan kejadian-kejadian buruk yang berlaku dalam masyarakat akibat kelemahan manusia biasa.
"Tindakan mereka tak ubah seperti alat perakam audio visual yang memungut segala-galanya tanpa melalui proses penapisan atau saringan.
"Sedangkan karya seni sepatutnya berperanan membantu ke arah menanam dan menyuburkan nilai-murni yang diperlukan untuk pembangunan negara Madani yang sedang cuba direalisasikan oleh kerajaan demi mencapai kesejahteraan hidup seluruh rakyat," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai filem dalam talian berjudul Mentega Terbang yang didakwa bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam yang memegang Mazhab Syafie.
Tambah beliau, penghasilan filem tersebut merupakan satu contoh penyalahgunaan bidang kesenian untuk menyesatkan hamba-hamba ALLAH SWT daripada agama Islam yang suci.
"Setiap warganegara terutama pemimpin dan pembuat dasar perlu bekerjasama bagi memastikan elemen-elemen yang merosakkan agama dan tradisi ketimuran yang baik tidak dibiarkan terus bermaharajalela dan digerakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Ini termasuk pembuat filem dan aktiviti seni yang mempersendakan keyakinan beragama rakyat pelbagai kaum di negara kita.
"Sebagai mufti, sudah tentu saya turut bersama menentang sebarang produk kesenian yang mempersendakan agama saya dan agama-agama lain juga yang menjadi anutan rakyat Malaysia. Kita perlu menghormati semua agama yang ada di negara ini," kata beliau lagi.
Wan Salim berkata, beliau sering kali mengingatkan golongan liberal bahawa sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran supaya memilih perkara yang baik dan menghindari perkara buruk.
"Memang kita perlu menikmati kebebasan, tetapi sebagai manusia, kebebasan kita ada batasnya, tidak boleh melebihi batas undang-undang, hukum agama dan nilai-nilai akhlak murni.
"Kita bukan haiwan yang bertindak hanya menurut dorongan nafsu semata-mata.
"Bagi umat Islam, mereka terikat dengan peraturan agama dalam segala tindak tanduk mereka dalam kehidupan di dunia ini.
"Mereka juga dikehendaki percaya kepada kehidupan akhirat yang mana, setiap individu akan menerima nasib masing-masing berdasarkan apa yang dilakukan ketika di dunia," katanya.
Sebelum ini, filem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platform penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
Hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap kandungan filem Mentega Terbang mendapati, terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.
Jakim akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), supaya tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 03 2023
WAN SALIM: Golongan ini tidak peduli kepada kesan aktiviti seni yang dihasilkan terhadap kerosakan kepercayaan dan tingkah laku penonton. -Foto Sinar Harian
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam
Katanya, kejahilan sering merugikan dan oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu secara berterusan sehingga ke liang lahad.
Semua pihak harus sokong titah Sultan Pahang, jaga kesucian masjid - Mufti Pulau Pinang
Semua pihak harus menyokong titah Sultan Pahang Al-Sultan yang mengingatkan supaya masjid tidak digunakan sebagai medan untuk berpolitik.
Ramadan: Pembaziran sempitkan peluang pembangunan rohani - Mufti
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, budaya negatif itu bercanggah dengan tujuan unggul di sebalik kefarduan ibadat puasa iaitu untuk menyuburkan rohani seorang Muslim.
Penubuhan JPSM perkembangan positif - Mufti P.Pinang
Wan Salim berkata penubuhannya dilihat akan dapat menamatkan pertindihan kuasa antara Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah.
Air kumbahan telah dirawat suci untuk digunakan - Mufti
Katanya, keputusan dibuat pada 7 Nov 2008 berhubung kes pengurusan air sisa buangan dari pusat penyembelihan ternakan Sungai Pinang.
Mufti nasihat Siti Nurhaliza tunda tarikh konsert menjelang Ramadan
Konsert Siti dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac dan bulan puasa pada tahun ini dijangka jatuh pada 12 Mac 2024.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.
Umat Islam perlu berhati-hati pilih makanan, minuman - Mufti
Mufti Pulau Pinang berkata, Islam melarang penganutnya meminum minuman memabukkan dan makanan tidak halal.
Wakil rakyat menang PRN henti politik, jalankan kerja - Mufti Pulau Pinang
Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat.