SHAH ALAM: Pemandu sengaja perlahankan lori yang membawa lebih muatan semasa diiring anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ke lokasi timbang bagi melengahkan masa penguatkuasaan yang dilakukan.
Itu antara cabaran yang ditempuh pasukan operasi semasa Op Khas Lebih Muatan di beberapa lokasi panas di Lebuhraya Persekutuan, Saujana Putra, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Batu 9 Cheras pada Khamis.
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi dijalankan bermula kira-kira jam 12.15 tengah malam hingga jam 9 pagi itu diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Selangor, Mazlini Yusof.
Menurutnya, lapan lori membawa muatan batu dan pasir melebihi had telah dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
"Selain itu, hasil pemeriksaan 25 buah lori sepanjang operasi ini turut bertindak mengeluarkan 36 saman atas pelbagai kesalahan lain iaitu tiada lesen memandu kompeten (CDL), CDL dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan lain-lain," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Mengulas mengenai alasan diberi pemandu kerana membawa muatan berlebihan, beliau berkata, pemandu mendakwa 'tauke' mereka akan selesaikan saman jika gagal patuhi notis arah timbang.
"Semasa operasi ini, lori lebih muatan ini sengaja dipandu perlahan ketika diiring anggota JPJ ke lokasi timbang.
"Mereka sengaja kerana mahu melengahkan masa anggota operasi menjalankan tugas," ujarnya.
Tambahnya, untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan. - SInar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 22 2023
Antara lori yang diperiksa semasa Op Khas Lebih Muatan di sekitar Selangor pada Khamis. - Foto JPJ Selangor
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Biden sampai ucapan perpisahan dari Oval Office Rabu depan
Pada Rabu, 15 Januari jam 8 malam waktu tempatan, presiden akan menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Oval Office.
Polis tahan lelaki warga China disyaki curi dalam pesawat
Suspek berusia 54 tahun itu juga disyaki adalah ahli sindiket berkait tiga lelaki lain yang diberkas berhubung kes kecurian dalam pesawat pada hujung tahun lalu.
KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.
Kotak hitam Jeju Air berhenti merakam 4 minit sebelum insiden
: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan maklumkan, kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan perakam suara kokpit untuk penerbangan Jeju Air yang terhempas dan mengorbankan 179 orang Disember lalu, dilaporkan berhenti merakam empat minit sebelum bencana itu berlaku.
Biden sampai ucapan perpisahan dari Pejabat Oval, Rabu depan
Kenyataan White House maklumkan, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Joe Biden, dijadual menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Pejabat Oval pada Rabu ini.
Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Menggali fosil dinosaur: Kisah pengembaraan Rummy, ahli paleontologi dari Malaysia
Dia individu sebenar yang tidak kisah mengotorkan tangannya, berjemur di bawah terik mentari demi mencari makhluk yang telah dilupakan ini.
Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.
Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.
'Sengaja sukarkan JPJ, pandu perlahan ketika diarah timbang'
Lapan lori membawa muatan batu dan pasir melebihi had telah dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.