Sekolah-sekolah akan dibekalkan dengan senarai pekerjaan yang dikategorikan berisiko pada masa hadapan sebagai rujukan pelajar untuk memilih jurusan di institusi pendidikan tinggi, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Beliau berkata ia akan membantu pelajar mengelak memilih bidang pengajian yang tidak mempunyai masa depan atau sedia berdepan risiko tidak memiliki pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
"Saya telah bercakap dengan lebih 400 guru dan majoriti mereka keliru tentang realiti semasa berkenaan bidang pekerjaan yang mungkin tidak lagi relevan atau wujud dalam tempoh tiga atau lima tahun akan datang.
"Sebab itu kementerian telah bersedia dengan senarai pekerjaan yang dikategorikan kritikal pada masa depan untuk diedarkan kepada semua sekolah selewat-lewatnya akhir Disember ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019 di sini pada Selasa.
Kula Segaran berkata proses menyenarai bidang pekerjaan itu disediakan dengan kerjasama Bank Dunia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) serta Talent Corp.
Beliau berkata pandangan daripada empat entiti berkaitan bidang pekerjaan tersebut diambil sebagai panduan dan kemudiannya diolah mengikut keadaan semasa di negara ini sebelum diedarkan.
Ditanya apakah pekerjaan yang berada dalam senarai tersebut, Kula Segaran membayangkan ia bukan bidang pekerjaan terkenal tetapi memberi pulangan wang yang banyak kepada mereka yang terlibat di dalamnya.
"Ledakan IR 4.0 (Revolusi Industri 4.0), memungkinkan 30 peratus pekerjaan sedia ada ketika ini tidak lagi relevan pada masa akan datang, bermakna pelajar dan ibu bapa perlu diberi panduan agar lebih bersedia menghadapinya," katanya.
Sementara itu, pelajar jurusan teknologi baik pulih badan kenderaan daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu, Sabah, Juvert Soii dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019, sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala.
Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri adalah anugerah tertinggi dalam pertandingan kemahiran yang mula diperkenalkan pada 1991.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 19 2019
Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran bersama pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri Juvert Sooi dari Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu pada Majlis Penyampaian Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri pada Selasa. --fotoBERNAMA
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Sidang Parlimen ke-15 bermula Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Rakyat Malaysia masuk ke Thailand kerana tarikan makanan
Pelancong dari Malaysia yang ditemui melawat lokasi pelancongan di Thailand akui masuk ke Hatyai, Songkhla dan Pattani disebabkan tarikan makananya yang enak dan harga penginapan yang berpatutan.
Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan
Sebuah kilang di Perai diarah tutup selepas insiden pekerja terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada Rabu lalu.
Thailand sedia kongsi pengalaman kepakaran memasak
Ketua Pelancongan dan Sukan Pattani, Narong Sangprasit berkata, Thailand sedia berkongsi pengalaman dan kepakaran memasak supaya Malaysia mampu menyediakan makanan yang lazat sebagaimana pengusaha makanan di negara itu.
Siri Pertama: Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 Negeri Sembilan
Di Malaysia, pelbagai komuniti muslim menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan cara yang unik, bermula cita rasa makanan tempatan, muzik tradisional sehinggalah adat resam yang diwarisi turun menurun sejak dahulu.
Menyahut semangat kepelbagaian, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) meneruskan Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 dalam usaha untuk menyampaikan mesej keterangkuman budaya ini, sekaligus memperkukuh ikatan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Bersama rakan setugas Afiezy Azaman yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk laporannya.
Menyahut semangat kepelbagaian, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) meneruskan Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 dalam usaha untuk menyampaikan mesej keterangkuman budaya ini, sekaligus memperkukuh ikatan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Bersama rakan setugas Afiezy Azaman yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk laporannya.
"Tidak lama lagi" - Ferdy Druijf beri bayangan sertai Harimau Malaya?
Penyerang Rapid Vienna itu digembar-gemburkan antara calon pemain berdarah warisan negara untuk memperkuatkan Harimau Malaya.
AWANI Ringkas: Banjir di Sarawak makin buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Senarai pekerjaan berisiko diedar ke sekolah Disember ini - Kula Segaran
Ia akan membantu pelajar mengelak memilih bidang pengajian yang tidak mempunyai masa depan atau sedia berdepan risiko tidak memiliki pekerjaan selepas menamatkan pengajian.