Penyerang Rapid Vienna berasal dari Belanda itu digembar-gemburkan antara calon pemain berdarah warisan negara untuk memperkuatkan Harimau Malaya menjelang pusingan kelayakan ketiga Piala Asia bermula bulan depan.
Di sebalik spekulasi hangat itu, pemain berusia 26 tahun berkenaan memuat naik satu kiriman instagram gambarnya sedang menimang bola dengan kapsyen "Tidak lama lagi".
Terdahulu, pada 24 Disember lalu, Druijf juga pernah membuat satu kiriman yang hampir serupa dengan kapsyen: "Harap bersabar."
-- Stadium Astro