Semua stesen minyak Petronas di seluruh negara kini membekalkan bahan api RON 95 gred Euro 4M iaitu lebih awal dari tarikh yang diwartakan kerajaan pada 1 Jan, 2020.
Menurut kenyataan Petronas Dagangan Bhd (PDB) hari ini, spesifikasi bahan api baharu itu hanya mengandungi 50 bahagian bagi setiap sejuta sulfur yang juga 10 kali lebih rendah daripada standard Euro 2M bagi petrol RON 95.
Malah, kandungan bahan benzena turut dikurangkan sebanyak 30 peratus kepada 3.5 peratus manakala tekanan wap juga rendah sebanyak 7.0 peratus kepada 65 kilopascal, sekali gus menjadikan bahan api itu bersih untuk enjin serta alam sekitar.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata langkah peningkatan bahan api RON 95 kepada standard Euro 4M di semua stesen minyak Petronas telah dilaksanakan sejak awal Disember ini.
"Menerusi langkah ini, pelanggan kami tidak hanya menikmati pemanduan lebih lancar dan responsif, tetapi turut (menggunakan) bahan api lebih bersih yang sesuai dengan kenderaan moden hari ini bagi mengurangkan pencemaran udara. Ini turut memberi manfaat dari segi kesihatan dan iklim.
"Oleh itu, Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive ini adalah bagus untuk enjin serta alam sekitar," katanya.
Maklumat lanjut mengenai Petronas Primax dengan Pro-Drive yang menepati pematuhan Euro 4M boleh diperolehi menerusi www.mymesra.com.my.
Bernama
Tue Dec 24 2019

Spesifikasi bahan api baharu itu hanya mengandungi 50 bahagian bagi setiap sejuta sulfur yang juga 10 kali lebih rendah daripada standard Euro 2M bagi petrol RON 95. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kenderaan kecemasan di Gaza terpaksa henti operasi akibat kekurangan bahan api
Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan ya

16 maut, 40 cedera dalam letupan lori tangki di Haiti
Sebuah lori tangki meletup di barat daya Haiti pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 40 yang lain.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dalam keadaan prestasi kukuh pasaran niaga hadapan getah serantau.

KPDN Pulau Pinang tahan lelaki beli petrol untuk seludup ke negara jiran
KPDN Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi yang kini beralih kepada petrol, dalam serbuan Ops Tiris 3.0 di sebuah stesen minyak di Sungai Rambai, di sini hari ini.

Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat
Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi.

Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga
Perkara pertama perlu diperjelas adalah permohonan skim penyasaran bahan api bagi golongan petani tidak hanya terhad kepada skim BUDI Agri-Komoditi.

Kerajaan sasar 40 peratus tenaga diperbaharui dalam campuran bahan api negara menjelang 2035
Kerajaan menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 40 peratus dalam campuran bahan api negara menjelang 2035, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.

UK bina kemudahan bahan api nuklear berteknologi tinggi pertama di Eropah
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata adalah penting bagi UK untuk membina loji pengayaan uranium untuk pasaran tenaga Eropah.

KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.