Keseluruhan serpihan bangkai helikopter yang terhempas di sini Sabtu lalu telah dikeluarkan sepenuhnya dan dibawa ke Pangkalan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sungai Besi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata operasi di lokasi nahas masih diteruskan sehingga Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) berpuas hati bahawa semua serpihan itu mencukupi untuk menjalankan siasatan punca nahas itu.
Liow berkata kawasan lokasi nahas itu akan dikawal rapi oleh PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga esok.
"Ia bertujuan untuk membolehkan pasukan penyiasat 'menyisir kawasan nahas pada esok serapi mungkin tanpa tiada yang tertinggal'.
"Kawasan itu juga perlu dikawal rapi iaitu 200 meter x 200 meter untuk memastikan kawasan itu tidak dicemarkan oleh mana-mana pihak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Liow memberi jaminan bahawa siasatan mencari punca nahas itu dijalankan secara telus dan rapi.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada kesemua pasukan mencari dan menyelamat, Liow mengakui pasukan itu menghadapi kesukaran membawa keluar enjin dan komponen besar serpihan helikopter itu.
"Memang cukup sukar kerana enjin, kotak gear dan serpihan besar dijumpai di cerun bukit. Lagipun kawasan bukit itu curam dan berbukit-bukit serta tiada jalan luas untuk lori atau kenderaan berat masuk.
"Jadi, kami terpaksa guna tenaga manusia untuk mengangkat komponen-komponen itu ke lokasi helikopter polis yang hanya boleh mendarat kira-kira 200 meter dari cerun bukit," katanya.
Bahagian-bahagian kecil pula dikutip dan dibungkus sebelum diangkat oleh tiga buah lori. Kesemua lori keluar pada pukul 5 petang untuk membawa serpihan ke Unit Udara PDRM Sungai Besi.
Ditanya mengenai status kotak hitam, Liow berkata ia hanya boleh dibaca menggunakan mesin tertentu kerana kotak hitam helikopter ini mempunyai gabungan "perakam data penerbangan" dan "perakam suara kokpit", tidak seperti kapal terbang yang mempunyai dua objek beza.
"Kotak hitam ini hanya boleh dibaca di AAIB, United Kingdom. Kotak hitam ini tidak sama seperti kotak hitam (pesawat AirAsia Indonesia) QZ8501 (yang terlibat dalam nahas pada 28 Dis tahun lalu) yang boleh dibaca dan dianalisis di Indonesia.
"Kita minta bantuan pakar United Kingdom kerana mereka mempunyai teknologi canggih dan kemudahan terkini untuk mendapatkan analisis terbaik," katanya.
Liow berkata pihak AAIB dijangka mengambil tempoh 10 hari iaitu tiga hari untuk mengeluarkan data dan tujuh hari untuk analisis data.
"Kita jangka untuk mendapatkan laporan awal dalam tempoh satu bulan," katanya.
Bagaimapun Liow tidak memaklumkan bila kotak hitam itu akan dihantar ke United Kingdom.
Bernama
Tue Apr 07 2015
TIONG LAI: Keseluruhan serpihan bangkai helikopter yang terhempas di sini Sabtu lalu telah dikeluarkan sepenuhnya dan dibawa ke Pangkalan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sungai Besi. -Gambar fail
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Sidang Parlimen ke-15 bermula Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Nahas Elmina: Mangsa pesawat terhempas tidak mungkin dapat diselamatkan - AAIB
Laporan setebal 60 halaman itu mengatakan bahawa pecutan jangka pendek (0.1-0.5 saat) yang biasa dilihat dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi membawa kepada kematian penumpang pesawat.
Pencarian Emiliano Sala: Mayat dikesan dalam pesawat
Pasukan pencarian kini berusaha untuk mengeluarkan pesawat itu secepat mungkin bagi mengakhiri penantian keluarga Sala.
Dron bukan punca nahas helikopter pemilik kelab Leicester City
Dron milik polis bukan penyebab kepada tragedi helikopter terhempas yang mengorbankan Pengerusi dan pemilik kelab Leicester City
Pasukan siasatan nahas helikopter kumpul satu enjin, komponen kecil
Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) bagi kes nahas helikopter pada Sabtu berjaya mengumpulkan satu daripada dua enjin dan beberapa komponen kecil bangkai helikopter itu.