Pencarian pada Ahad menemui pesawat Piper Malibu pada dasar laut di persisiran pantai Guernsey, dua mingggu selepas ia dilaporkan hilang.
Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) mengesahkan penemuan berkenaan pada Isnin.
Pasukan pencarian menggerakkan pelan untuk mengeluarkan pesawat berkenaan pada kedalaman 67 meter.
Ketua pencarian David Mearns bekata, pesawat itu perlu dikeluarkan dari dasar laut dengan segera.
Ia bagi mengakhiri penantian keluarga Sala sejak kehilangan pesawat itu dan penemuannya baru-baru ini.
"Kebimbangan keluarga Sala selama ini telah terjawab walaupun mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk menghilangkan kesedihan," katanya.
Pesawat tersebut membawa penyerang warga Argentina Sala, 28 tahun, dan Ibbotson, 59 tahun, dari Nantes, barat laut Perancis, menuju ke Cardiff selepas Sala melengkapkan perpindahannya ke Cardiff City yang bernilai 15 juta paun sterling (RM80 juta).
Penemuan bangkai pesawat itu dibuat pada Ahad oleh pasukan Mearns yang dilancarkan keluarga Sala dan dibiayai dana umum selepas pihak berkuasa menghentikan operasi pencarian secara rasmi.
Minggu lepas beberapa dua kusyen kerusi yang dipercayai dari pesawat malang itu ditemui dipersisiran pantai Perancis.
- Pesawat bawa pemain termahal Cardiff City hilang, dikhuatiri terhempas
- Misi mencari Emiliano Sala
- 'Ada ais di sayap pesawat bawa Emiliano Sala' - Pakar penerbangan
- Keluarga Sala mahu pencarian diteruskan
- Pemberhentian misi mencari Emiliano Sala tindakan memalukan
- Presiden Argentina gesa pencarian Sala diteruskan
- Keluarga Sala raih kutipan RM1.4 juta untuk gerakan mencari diteruskan