KUALA LUMPUR: Strok haba berisiko untuk terjadi kepada semua orang sekiranya seseorang itu terdedah kepada persekitaran panas melampau, tanpa mengira tahap kesihatan diri seseorang.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Dr Norlen Ahmad berkata golongan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, bagaimanapun lebih berisiko mendapat strok haba.
"Warga emas lebih berisiko tinggi kerana biasanya mereka mempunyai pelbagai penyakit yang membuatkan mereka lebih sensitif dan mekanisme pengeluaran peluh atau kawalan suhu badan tidak lagi cekap," katanya pada program Jendela Fikir, siaran Bernama Radio hari ini.
Dr Norlen berkata strok haba adalah satu kecemasan perubatan yang boleh berlaku secara pantas dan langkah segera perlu diambil untuk mengurangkan suhu badan bagi mengelakkan mangsa mengalami kondisi yang lebih serius seperti kegagalan fungsi otak, sawan dan yang paling serius mendatangkan maut.
Katanya, antara langkah segera yang boleh diambil adalah meletakkan tuala basah di atas kepala, bawah ketiak, tepi paha serta tengkuk mangsa selain memindahkan mangsa ke tempat yang lebih sejuk dan redup.
"Tempat-tempat tersebut merupakan laluan saluran darah besar dan meletakkan tuala basah akan mempercepatkan proses alihan haba dalam badan dan seterusnya mengurangkan suhu teras badan," katanya.
Menurutnya, antara langkah pencegahan yang boleh diambil orang ramai adalah mengurangkan aktiviti fizikal di kawasan panas, memperbanyak minum air terutamanya air kosong, memakai pakaian yang longgar dan nipis serta memantau kesihatan ahli keluarga berisiko.
Minggu lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok, Bachok Kelantan, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok akibat strok haba dan dehidrasi.
Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran, beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum sehingga 35 dan 37 darjah Celsius, bagaimanapun keadaan itu dijangka akan reda dalam beberapa hari lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran, beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga). - Gambar hiasan/BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM
Kematian pelajar pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 Nov lepas dikenal pasti kerana kegagalan organ akibat strok haba.

Punca kematian Pegawai Kadet TLDM enam tahun lepas disebabkan strok haba - Pakar Perubatan HAT
Seorang pakar perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa punca kematian pegawai kadet TLDM J.Soosaimanicckam enam tahun lepas adalah disebabkan strok haba.

Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.

12 kes akibat cuaca panas dilaporkan di Perak - Exco
Sebanyak 12 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 116 kes
Jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas setakat semalam, meningkat kepada 116 kes berbanding 112 kes pada 23 Julai lepas.

Cuaca panas: Hadkan aktiviti luar, ambil langkah berjaga-jaga
Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar berikutan negara berada dalam musim Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lepas yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.

Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes
Jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes setakat hari ini berbanding 109 kes pada 16 Julai lepas.

Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan
Kementerian Kesihatan mengumumkan tahap kecemasan cuaca tertinggi di 11 daripada 27 bandar terbesar pada hujung minggu.

Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar
Itali kini berdepan dengan gelombang haba melampau yang berpunca dari Afrika, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan "amaran merah" untuk suhu tinggi di 11 bandar pada Jumaat.