Semua masjid, surau dan Surau Kebenaran Solat Jumaat di Selangor dibuka untuk solat Jumaat dan solat fardhu bermula Jumaat ini.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan mengenai perkara itu setelah mendapat taklimat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan data terkini wabak COVID-19 di negeri ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, bagaimanapun bilangan jemaah yang boleh menunaikan solat pada satu-satu masa di masjid serta surau di Selangor masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, jumlah jemaah yang ditetapkan bagi solat Jumaat dan solat fardhu adalah 1,000 orang, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid.
"Manakala jumlah jemaah bagi semua masjid lain untuk solat Jumaat dan solat fardhu ditetapkan maksimum 500 orang, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid yang mana ia tertakluk kepada kapasiti masjid berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bagi Surau Kebenaran Solat Jumaat, jumlah jemaah untuk solat Jumaat dan solat fardhu ditetapkan 40 orang, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau itu.
Untuk surau bagi solat fardhu pula kata Mohamad Munir, jumlah jemaah yang ditetapkan 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau.
Mengenai ibadah korban sempena Aidiladha, beliau berkata, Sultan Sharafuddin bertitah supaya ia dilakukan di masjid sahaja dan mana-mana surau yang telah merancang untuk melakukan ibadah itu boleh melaksanakannya di masjid berdekatan.
Mohamad Munir berkata, segala pelaksanaan dan urusan pentadbiran berkaitan titah terbaharu Sultan Selangor akan dikeluarkan oleh JAIS serta jawatankuasa masjid dan surau berkaitan.
"Baginda turut menitahkan supaya semua jemaah mematuhi SOP yang ditetapkan khususnya berwuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, memakai pelitup separuh muka semasa hadir ke masjid atau surau serta mengamalkan jarak sosial. Mereka yang tidak sihat dilarang untuk solat di masjid serta surau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020
![Semua masjid dan surau di Selangor dibuka mulai Jumaat ini Semua masjid dan surau di Selangor dibuka mulai Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71592466149_Sopsolatjumaat.jpg)
Bilangan jemaah yang boleh menunaikan solat pada satu-satu masa di masjid serta surau di Selangor masih tertakluk kepada SOP yang ditetapkan. - Gambar fail
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
Polis teruskan operasi di lokasi kedua
Polis meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah lagi kawasan di Perak.
[TERKINI] SPRM tumpas sindiket `pasport terbang' di Sabah
SPRM menumpaskan sindiket 'pasport terbang' susulan penahanan tiga anggota penguatkuasa menerusi Op Fly di Kota Kinabalu.
Calon UMNO DUN Nenggiri diumum tempoh terdekat
Calon UMNO yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah seorang anak tempatan dan mempunyai jawatan dalam parti.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717331605_TBHAJI.jpg)
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi telah mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji.
![Israel akan benarkan jumlah jemaah yang sama memasuki al-Aqsa pada minggu pertama Ramadan Israel akan benarkan jumlah jemaah yang sama memasuki al-Aqsa pada minggu pertama Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/61442224821_aqsa.jpg)
Israel akan benarkan jumlah jemaah yang sama memasuki al-Aqsa pada minggu pertama Ramadan
Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat para pegawai keselamatan tertinggi negara itu mengenai solat di tapak suci umat Islam dan Yahudi itu.
![Solat Jumaat di masjid di KL, Putrajaya dibenarkan 500 orang - JAWI Solat Jumaat di masjid di KL, Putrajaya dibenarkan 500 orang - JAWI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625136921_solatjumaat.jpg)
Solat Jumaat di masjid di KL, Putrajaya dibenarkan 500 orang - JAWI
Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa esok.
![Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41596191020_TBRayaHaji.jpg)
Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri
Kebenaran membuka masjid dan penetapan jumlah jemaah semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tertakluk bawah bidang kuasa negeri.
![Semua masjid dan surau di Selangor dibuka mulai Jumaat ini Semua masjid dan surau di Selangor dibuka mulai Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71592466149_Sopsolatjumaat.jpg)
Semua masjid dan surau di Selangor dibuka mulai Jumaat ini
Bilangan jemaah yang boleh menunaikan solat pada satu-satu masa di masjid serta surau di Selangor masih tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.