Bilangan kenderaan menuju ke Kelantan semakin bertambah sejak Jumaat apabila ramai warga negeri itu pulang ke kampung sempena cuti umum Tahun Baru Cina.
Tinjauan Astro AWANI di beberapa laluan utama menuju ke Kelantan seperti di Gua Musang dan Pasir Puteh mendapati kesemua laluan itu sesak dengan kenderaan.
Hujan lebat di beberapa kawasan menyebabkan lalu lintas menjadi lebih sesak.
Walaupun ramai pengguna jalan raya, khususnya warga Kelantan merancang awal perjalanan mereka pulang ke kampung masing-masing, namun pertambahan kenderaan yang luar biasa menyebabkan aliran trafik perlahan.
Menurut seorang pengguna jalan raya, Eh Chua, beliau memang merancang perjalanannya tetapi bilangan kenderaan yang terlalu banyak menyebabkan lalu lintas menjadi sesak.
"Jam (sesak) sikit tadi dekat Bentong lah, lepas tu nak masuk ke Gua Musang. Harap lepas ni tak jam lah... memang merancang, saya ingat nak balik semalam tapi balik hari ini. Saya dah jangka kalau balik hari ini memang jam sikit lah," katanya.
Bagi seorang lagi seorang pengguna jalan raya, Mohd Nasir Mohamad, beliau telah memulakan perjalanan malam tadi, tetapi hujan lebat menyebabkan laluan sesak teruk.
"Cuaca sepanjang malam tadi sampai sekarang memang hujan tak henti-henti. Ada hujan setempat-tempat. Bagi saya orang yang luar sukarlah sebab jalan jam, hujan lagi," katanya.
Nada sama turut disuarakan seorang lagi pengguna jalan raya, Wee Jen Leong yang mahu pulang ke kampungnya untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina.
"Sesaknya lebih kuranglah cuma tahun ni hujanlah susah sikit mengganggulah jam sikit, namun perjalanan okaylah kerana tak ada kemalangan," katanya.
Sementara itu, kawasan Rehat dan Rawat Hentian Gua Musang menjadi tumpuan orang ramai untuk berehat selepas tersangkut dalam kesesakan lalu lintas selama beberapa jam, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Ini turut menyebabkan berlaku kesesakan di kawasan berkenaan.
Muhafandi Muhamad
Sat Feb 06 2016
![Semua laluan ke Kelantan sesak dengan kenderaan sejak Jumaat Semua laluan ke Kelantan sesak dengan kenderaan sejak Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454759136_JalanSesak.jpg)
Pertambahan kenderaan yang luar biasa menyebabkan aliran trafik perlahan. - Foto Astro AWANI
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
![Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 900 orang Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 900 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608369956_POLISMARINE.jpg)
Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 900 orang
Gua Musang daerah terbaharu dilanda banjir, membabitkan perpindahan 13 orang di Kampung Limau Kasturi.
![Mangsa banjir di Kedah terus meningkat Mangsa banjir di Kedah terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539135042_Banjir.jpg)
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat
550 orang daripada 167 keluarga kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara setakat pukul 7 pagi.
![Rezeki semakin bertambah selepas berhijab - Elfira Loy Rezeki semakin bertambah selepas berhijab - Elfira Loy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61515664811_el_2.jpg)
Rezeki semakin bertambah selepas berhijab - Elfira Loy
Pelakon Elfira Loy mengakui rezekinya semakin bertambah selepas mengambil keputusan untuk berhijab.
![Semua laluan ke Kelantan sesak dengan kenderaan sejak Jumaat Semua laluan ke Kelantan sesak dengan kenderaan sejak Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454759136_JalanSesak.jpg)
Semua laluan ke Kelantan sesak dengan kenderaan sejak Jumaat
Bilangan kenderaan menuju ke Kelantan semakin bertambah sejak Jumaat apabila ramai warga negeri itu pulang ke kampung sempena cuti umum Tahun Baru Cina.