Semua agensi di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada Sabtu digesa bergabung tenaga, usaha, buah fikiran dan komitmen dalam memperkasa kefahaman ahli Sunnah Wal
Jamaah dalam kalangan umat Islam.
Menggesa demikian, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kefahaman tersebut termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.
Baginda menegaskan terlalu banyak perselisihan dan perbalahan sesama masyarakat khususnya melibatkan umat Islam dan orang Melayu.
Kerana itu, semua agensi agama diminta memainkan peranan masing-masing dalam memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan.
"Oleh itu, marilah kita semua sama-sama menghayati Islam yang menekankan bahawa umat Islam adalah ‘Ummatan Wahidah’, yakni satu dalam aqidah, satu syariah dan satu akhlak.
Baginda bertitah demikian selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Woodball Antara Agensi Agama Islam Negeri Perlis edisi ke-4 bagi tahun 2015-2016.
Kejohanan berlangsung di gelanggang woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra (KSSSAP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa penganjur kejohanan itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta para pegawai kanan Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Kejohanan ini disertai pasukan-pasukan dari MAIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis serta dua pasukan undangan iaitu Pejabat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Yayasan Islam Perlis (YIPs).
Dalam kejohanan itu Pejabat Tuanku Raja Perlis menjuarai kategori keseluruhan buat kali keempat berturut-turut.
Pasukan JAIPs menjadi juara berpasukan lelaki manakala Pejabat Tuanku Raja Perlis mengungguli kategori berpasukan wanita.
Bernama
Sat Jan 09 2016
Semua agensi agama diminta memainkan peranan masing-masing dalam memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan. - Gambar fail
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Bencana banjir: Alah bisa tegal biasa, tapi sampai bila?
Situasi banjir yang kerap terjadi membuatkan penduduk di sekitar kawasan Kemasik, Kemaman, membuat persiapan awal menghadapi bencana tersebut.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
228.2 juta nilai dadah yang dihapus setakat Oktober 2024
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan nilai dadah yang dihapuskan setakat Oktober 2024 adalah sebanyak 228.2 juta ringgit.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Dr Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Perlis benarkan solat tarawih di masjid dan surau sepanjang Ramadan
Bagi mengelakkan berlaku limpahan kehadiran jemaah, solat tarawih boleh dilakukan dalam dua sesi, titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MAIPs.
Semua agensi MAIPS digesa gabung, perkasa kefahaman ahli Sunnah Wal Jamaah
Semua agensi di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) digesa bergabung tenaga, usaha, buah fikiran dan komitmen dalam memperkasa kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.