“SEMPAT belikan keperluan ke pusat tahfiz.”
Bapa ini terkilan anak lelakinya tak sempat pakai jubah dan kopiah yang baru dibeli.
Biar pun sedih, keluarga ini reda dengan pemergian anakanda tercinta yang terlibat dalam kemalangan.
“Semalam, kami sempat keluar membeli barang keperluan seperti jubah dan kopiah untuk dibawa ke pusat tahfiz, namun terkilan arwah tidak sempat memakainya,” luah Azahari Abdullah, 55.
Azahari memberi reaksi itu selepas kehilangan anak lelakinya, Muhammad Alif, 17, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 44, Jalan Merang, Terengganu.
Menurut Azahari, sebelum kemalangan itu berlaku, Muhammad Alif yang belajar di sebuah sekolah tahfiz di Ajil, Kuala Berang keluar berkelah bersama rakan di Hutan Lipur Lata Payung.
Katanya, dia juga sempat berhubung melalui telefon dengan Muhammad Alif pagi hari ini selepas arwah keluar bersama rakannya itu seawal 8 pagi.
“Ketika berhubung dengannya kira-kira 3 petang, arwah memberitahu sudah dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Penarik, Setiu.
“Allah lebih menyayanginya dan saya reda dengan kejadian ini walaupun tidak sempat menghantar arwah pulang ke sekolah tahfiz esok,” katanya ketika ketika ditemui di lokasi kejadian.
Azahari yang berasal dari Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu berkata, arwah anak ke empat daripada lima beradik dan seorang anak yang baik serta disenangi keluarga dan rakan.
Malah, katanya, sejak semalam, arwah sangat mesra dengan adik-beradiknya dan tidak menyangka kemesraan arwah itu yang terakhir buat keluarga.
Mengenai kemalangan yang menimpa Muhammad Alif, menurut sumber, ia dikatakan berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakan berkonvoi motosikal dalam perjalanan dari arah Penarik ke Kuala Terengganu.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dikatakan bergesel dengan motosikal rakannya ketika mengelak lubang.
Berikutan itu, sumber berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang juga berusia 17 tahun dari Kampung Batu Enam, Kuala Terengganu cedera ringan dan dirawat di Hospital Setiu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*MW merakamkan takziah kepada keluarga arwah dan semoga mereka tabah berdepan dengan ujian ini. Al-Fatihah.
*Artikel asal di Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Sat Oct 23 2021
Mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang juga berusia 17 tahun dari Kampung Batu Enam, Kuala Terengganu cedera ringan dan dirawat di Hospital Setiu. -Foto Mingguan Wanita
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
2DekadTsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Pusat tahfiz diseru wujudkan skuad bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menyeru agar lebih banyak pusat tahfiz di negeri ini mewujudkan Skuad Bomba Tahfiz.
Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan
Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu.
Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid
Tidak dapat mengikuti syarat dan piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan antara faktor masih banyak pusat tahfiz di negara ini yang tidak berdaftar.
KKM pandang serius isu lambakan, keselamatan makanan disumbangkan ke rumah kebajikan
Kementerian Kesihatan memandang serius isu lambakan dan status keselamatan makanan disumbangkan ke rumah kebajikan serta pusat tahfiz yang boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan.
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Proses pemutihan tahfiz bukti isu keselamatan tidak boleh dikompromi
Ibu bapa juga diingatkan tidak merisikokan nyawa anak-anak mereka dengan menyemak terlebih dahulu pusat tahfiz.
Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz
Seorang bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz di Besut pada pagi Selasa.
Menteri Agama nafi dakwaan sekolah agama di Selangor diarah tutup
Dakwaan lebih 200 buah sekolah agama di Selangor diarah tutup adalah tidak benar dan perkara tersebut dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Warden warga Singapura didakwa pijak perut, tumbuk empat pelajar tahfiz
Seorang warden sebuah pusat tahfiz di Melaka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memijak perut, menampar, menumbuk dan memukul empat pelajarnya.
Pengasas pusat tahfiz, adik direman kes dera, amang seksual terhadap pelajar
Dua beradik pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz terkenal di Melaka direman empat hari selepas dipercayai terlibat melakukan penderaan dan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki.