PUTRAJAYA:Sembilan jemaah tabligh selamat tiba dari India semalam melalui penerbangan Air India Express, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.
Kamarudin berkata dua daripada mereka menaiki penerbangan Air India Express dari New Delhi, India dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.30 petang, manakala tujuh lagi menaiki penerbangan Air India Express dari Tiruchirappalli, India dan selamat tiba di KLIA pada pukul 6.58 petang.
"Dengan kepulangan sembilan ahli jemaah ini, Kementerian Luar telah berjaya membawa pulang seramai 170 daripada 189 orang ahli jemaah tabligh yang berada di India.
"Sebelum ini, seramai 161 jemaah tabligh rakyat Malaysia telah dibawa pulang menerusi beberapa siri Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang dilaksanakan sejak Julai lepas," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Kamarudin yang juga Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 berkata semua ahli jemaah tabligh yang pulang diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di Stesyen Kuarantin, sejajar dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga hari ini, masih terdapat 19 ahli jemaah tabligh yang berada di India di mana daripada jumlah ini, 10 individu yang berada di New Delhi telah selesai menjalani proses perundangan dan dibebaskan daripada pertuduhan mahkamah, manakala baki sembilan yang lain masih menjalani prosedur perundangan di Bihar, India.
"Penyelarasan usaha membawa pulang mereka sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.
"Kementerian Luar memantau rapat perkembangan ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia di India dan berterusan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan hak dan kebajikan mereka terpelihara," katanya.
Beliau berkata Kementerian Luar juga akan meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India dalam usaha memudahcara urusan pulang baki 19 ahli jemaah tabligh yang masih berada di negara itu.
Kamarudin turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat, terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Kementerian Kesihatan di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan misi membawa pulang jemaah tabligh rakyat Malaysia di India.
"Kerajaan Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan India dalam membantu urusan kepulangan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 24 2020

Datuk Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Luar. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke UK dari 8 hingga 11 Mei
Semasa lawatan itu, beliau dijadual bertemu penyandang Setiausaha Agung Pertubuhan Komanwel, Patricia Scotland.

Kamarudin ketuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022 di Doha, Qatar, dari 26 hingga 27 Mac.

Dewan Rakyat: Malaysia belum lagi iktiraf kerajaan Afghanistan - Kamarudin
Libat urus melibatkan Malaysia dan Afghanistan yang diadakan pada Januari dan Februari lepas bukan bermakna Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan Afghanistan.

Mengurangkan jurang digital bidang berpotensi untuk kerjasama EU, Indo-Pasifik
Teknologi digital diiktiraf sebagai pemacu utama ke arah mencapai pemulihan sosioekonomi yang mampan dan berdaya tahan.

Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria, Poland dan Perancis
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria dan Poland bermula hari ini hingga 21 Feb.

Perkembangan positif hubungan Malaysia dengan China, AS
Malaysia sentiasa mengambil inisiatif mengimbangi hubungan baik dengan China dan AS menerusi platform hubungan dua hala dan juga pelbagai hala.

Penglibatan aktif AS penting, namun bawa cabaran geopolitik
Kerajaan akan terus mengambil pendekatan yang pragmatis dan mengekalkan hubungan serta kerjasama yang baik dengan semua negara.

Hubungan Malaysia dengan AS, EU terus kukuh meskipun berdepan cabaran COVID
Ia dibuktikan menerusi peningkatan nilai dagangan dua hala antara Malaysia dengan AS dan EU bagi tempoh Januari hingga Julai 2021.

Timbalan Menteri Luar adakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar, Iran
Lawatan berkenaan memperlihatkan betapa Malaysia memberi perhatian terhadap hubungan dan kerjasama dengan tiga negara di Asia Barat itu.

828 rakyat Malaysia di luar negara positif COVID-19
Seramai 828 rakyat Malaysia yang menetap di luar negara disahkan dijangkiti wabak COVID-19 sejak tahun lepas, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.