Seramai sembilan jemaah Malaysia iaitu tiga lelaki dan enam wanita mengalami cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua buah bas yang membawa jemaah haji Malaysia ke Makkah dari Mina.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 8.40 pagi waktu tempatan semasa bas jemaah Malaysia dalam perjalanan pulang ke Makkah selepas melakukan nafar awwal.
"Kira-kira jam 8.40 pagi, bilik gerakan Tabung Haji (TH) telah menerima laporan mengenai kemalangan tersebut dan telah menghantar pasukan kecemasan yang terdiri daripada petugas perubatan dan kebajikan, bersama-sama pihak muassasah Asia Tenggara meninjau dan memberi pertolongan.
"Keadaan jalan ketika itu sangat sesak kerana kebanyakkan jemaah haji dari seluruh dunia melakukan nafar awwal dan pulang ke Makkah pada hari yang sama," katanya kepada media selepas melawat jemaah haji yang cedera di sini, pada Khamis.
Sejurus memberikan bantuan kepada jemaah haji tersebut, Mujahid berkata pihak muassasah menghantar dua buah bas gantian untuk jemaah haji Malaysia meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan mereka.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak muassasah Asia Tenggara yang telah memberikan kerjasama yang tinggi dalam memastikan jemaah kita selamat sampai ke pusat penginapan mereka," katanya.
Sembilan jemaah yang tercedera telah di bawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang ke hotel mereka.
"Pasukan perubatan TH turut membuat saringan kesihatan sekali lagi terhadap jemaah lain yang terselamat untuk memeriksa sekiranya ada antara mereka mengalami trauma berikutan kemalangan ini," katanya.
Justeru, Mujahid menasihati kaum keluarga jemaah haji di tanah air untuk tidak merasa bimbang dengan kemalangan tersebut kerana segala langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil oleh pihak TH di tanah suci.
"Ia hanyalah satu kemalangan yang tidak melibatkan kecederaan yang serius dan kesemua mangsa kemalangan telah dibenarkan pulang ke pusat penginapan mereka oleh pihak hospital dan dari apa yang saya lihat (setelah melawat mangsa), mereka dalam proses pemulihan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 23 2018

Sembilan jemaah yang tercedera telah di bawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang ke hotel mereka. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.

Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.

Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.

Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.

Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.

Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.