ALOR SETAR: Sembilan individu termasuk tiga warga tempatan ditahan bersama 135,760 liter minyak diesel bernilai anggaran RM291,884 dipercayai untuk diseleweng dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Mohd Yusof berkata tiga warga tempatan dan enam warga Thailand berusia lingkungan 20-an dan 50-an itu ditahan oleh polis dalam serbuan di sebuah premis pada 1 tengah hari.
Beliau berkata polis seterusnya bertindak menyita minyak diesel dan tujuh motolori terdiri daripada sebuah motolori bernombor pendaftaran tempatan manakala selebihnya bernombor pendaftaran Thailand.
"Antara barang lain turut disita kerana disyaki digunakan untuk penyelewengan minyak diesel adalah 10 unit skid tank, tiga unit mesin pam minyak, lapan unit muncung pam, dua unit tangki silinder, wang tunai dalam mata wang Bath sebanyak THB 192,902.
"(Selain itu) tujuh unit kunci kenderaan, dua unit alat kawalan jauh pintu pagar, satu unit lesen PDA (Akta Kemajuan Petroleum) dan satu unit lesen borong. Anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM1,057,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azman berkata polis kemudian menyerahkan kes itu kepada pihak pejabat KPDN Kedah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 9 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613)," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023

Azman berkata berkata tiga warga tempatan dan enam warga Thailand berusia lingkungan 20-an dan 50-an itu ditahan oleh polis dalam serbuan di sebuah premis pada 1 tengah hari semalam.- Fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sembilan ditahan seleweng diesel lebih RM290,000
Sembilan individu ditahan bersama 135,760 liter minyak diesel bernilai anggaran RM291,884 dipercayai untuk diseleweng dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam.