PUTRAJAYA: Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan Satu dan Empat sesi 2022, boleh dibuat bermula Rabu ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan.
"Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di www.mara.gov.my. dan makluman terkini berkenaan tawaran juga boleh didapati melalui media sosial MARA seperti Facebook, Twitter dan Instagram," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahdzir berkata calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam portal berkenaan dan sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal.
"Calon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan yang sama bermula 9 hingga 16 Mac ini dan tidak perlu hadir secara fizikal," katanya.
Beliau berkata sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan dan sekiranya pemohon tidak menerima sebarang makluman tawaran sehingga 31 Mei 2022, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Katanya MARA kekal dengan dasar 60 peratus pengambilan pelajar daripada keluarga B40 selain keutamaan kepada calon luar bandar dan miskin bandar.
Mahdzir berkata pada tahun ini MARA menerima 74,500 permohonan ke Tingkatan Satu dan Empat MRSM, dengan kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu seramai 7,949 orang dan Tingkatan Empat 1,930 orang.
MRSM menawarkan enam program iaitu MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), MRSM Ulul Albab, MRSM Program Bitara, MRSM Premier dan MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan. - Gambar/ Facebook MRSM Pendang Rasmi
Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa, 14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskhah al-Quran.
Mangsa banjir di Perak bertambah hari ini
Lapan belas orang daripada lima keluarga berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai berbanding 15 orang daripada empat keluarga semalam.
Key trends and challenges from 2024, insights for 2025
Dive into the pivotal trends that shaped Malaysia's property market in 2024 and uncover expert insights for navigating the challenges and opportunities of 2025 with Sr Sulaiman Saheh, Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd. Discover the surprising trends that shaped the past year and get expert predictions for 2025. From market dynamics and affordability to sustainability and foreign investment, this interview covers all the critical insights you need to navigate the property landscape.
AWANI Pagi: Garis panduan pastikan konsert bebas dadah
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, melihat isu keselamatan, kesedaran dan penguatkuasaan berhubung garis panduan untuk memastikan penganjuran konsert bebas dadah.
Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 10 Januari 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi Selasa.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
JS-SEZ: Strategic Prospects for ASEAN Amid Global Shifts
Yun Liu, ASEAN Economist at HSBC, discusses the Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) as a potential catalyst for regional growth. Explore insights on how the JSSEZ can attract global investors amid geopolitical tensions, China’s economic slowdown, and evolving trade dynamics.
AWANI Ringkas: Rasionalisasi subsidi diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Asyraf Wajdi pertahan ‘terjah’ MRSM
Sesi tinjauan secara mengejut yang dilakukan di beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bukanlah untuk membuka aib, sebaliknya memastikan peruntukan duit rakyat dimanfaatkan secara berkesan.
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara
Kualiti lebih 500 pendebat yang mengambil bahagian dalam Debat MRSM Se-Malaysia Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) 2024 telah meningkat dengan begitu ketara sekali.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid
Pasar raya seluruh negara diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh pasar raya KK Mart.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.