BALING: Semakan tarif air oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memberi kelegaan kewangan kepada Kedah untuk membayar hutang kepada kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata sebelum ini Kedah membayar RM45 juta setahun untuk tempoh 45 tahun kepada kerajaan Persekutuan dan kadar tersebut kini berkurangan kepada antara RM33 juta dan RM35 juta setahun selepas proses migrasi pengurusan air.
"Kali terakhir kenaikan tarif air pada 2010 iaitu sebanyak 10 sen... kalau berlaku kenaikan tarif, kita ada sedikit kelegaan kewangan untuk kita membayar hutang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling 2035 (Penggantian) di sini semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilaporkan berkata tarif air domestik di semua negeri akan disemak pada awal tahun depan susulan ada negeri yang tidak pernah berbuat demikian dalam tempoh 40 tahun.
"Kita tunggu, tengok setakat mana mekanisme itu akan menentukan tarif baharu air di seluruh negara, sekarang ini setiap negeri tidak sama, Johor harga lain, Kedah harga lain, kalau boleh diselaraskan, Alhamdulillah.
"Sudah 13 tahun tiada semakan tarif air di Kedah, kalau berlaku sedikit kenaikan, banyak benda kita boleh buat, (tetapi) bukan nak membebankan orang ramai," katanya.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata masyarakat di daerah Baling perlu mengambil kesempatan dengan memberikan cadangan atau bantahan berhubung Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling 2035 (Penggantian) sebelum akhir bulan ini.
"Setakat ini hanya tujuh cadangan/bantahan yang diterima di daerah ini...tidak ada banyak bantahan di Kedah. Kita tidak mahu apabila projek sudah dilaksanakan, baru nak buat bantahan, budaya cara kita dalam memberi maklum balas terhadap sesuatu rancangan itu perlu diubah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Muhammad Sanusi minta masyarakat Baling ambil kesempatan dengan memberikan cadangan atau bantahan berhubung Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling 2035 (Penggantian) sebelum akhir bulan ini. - Gambar fail/Sinar Harian
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Semakan tarif air beri kelegaan kewangan kepada Kedah - Sanusi
Kadar hutang Kedah kepada kerajaan Persekutuan kini antara RM33 juta dan RM35 juta setahun selepas proses migrasi pengurusan air.
PBAPP harap SPAN, KASA segerakan keputusan semakan tarif air
Kali terakhir semakan tarif air dibuat ialah pada 2015.