BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berharap Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memuktamadkan segera permohonan semakan tarif air yang dikemukakan pada Mac lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu keputusan tersebut selepas kali terakhir semakan tarif air dibuat pada 2015.
Beliau berkata, tarif air domestik di negeri itu antara yang terendah namun penggunaannya adalah yang paling tinggi .
Justeru, katanya, permohonan semakan tarif air itu dibuat sebagai salah satu cara untuk pengguna menjimatkan penggunaan air selain menangani risiko air mentah Pulau Pinang dengan berkesan.
“(Lihat) Singapura, bila air ada harga tertentu, mereka guna paling kurang, bila di sini (Malaysia) bila air murah orang guna lebih dan guna lebih tidak rasa bila dapat bil, semua negeri sudah hantar (semakan semula tarif air), semua operator air sedang menunggu (maklum balas pihak berwajib),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas majlis perasmian Pusat Pentadbiran Loji Rawatan Air Sungai Perai Utara(SPU) di Sungai Dua di sini, pada Jumaat yang disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Mengulas lanjut, Jaseni berkata, jika semakan tersebut tertangguh lagi ,pihaknya bimbang akan menjejaskan kualiti perkhidmatan bekalan air disebabkan syarikat tidak mempunyai dana yang mencukupi.
Ia sekali gus, tegas beliau, akan menjejaskan petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan dalam menyediakan perkhidmatan air yang terbaik untuk rakyat di negeri itu.
Pada Mac lepas, PBAPP telah menghantar permohonan semakan semula tarif air selepas kali pertama dihantar pada 2019, namun, keputusan semakan tertangguh berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Tarif air domestik Pulau Pinang sedia ada untuk 35,000 liter pertama sebulan pada RM0.32 sen setiap 1,000 liter adalah yang terendah di Malaysia.
Sebelum ini, Menteri KASA, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan sedang membangunkan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) Air yang lebih adil dan telus untuk seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Jelasnya, di bawah mekanisme itu, tarif akan disemak yang menyaksikan ada pengguna perlu membayar kadar lebih tinggi, manakala mereka yang menggunakan jumlah air sedikit dan kumpulan B40 dikenakan kadar yang rendah atau percuma.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jun 10 2022
Chow Kon Yeow meninjau Pusat Pentadbiran Loji Rawatan Air Sungai Perai Utara(SPU) di Sungai Dua, Butterworth pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Semakan tarif air beri kelegaan kewangan kepada Kedah - Sanusi
Kadar hutang Kedah kepada kerajaan Persekutuan kini antara RM33 juta dan RM35 juta setahun selepas proses migrasi pengurusan air.
PBAPP harap SPAN, KASA segerakan keputusan semakan tarif air
Kali terakhir semakan tarif air dibuat ialah pada 2015.