Status permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2016/2017 boleh disemak bermula hari ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Asma Ismail dalam kenyataan hari ini berkata pemohon boleh menyemak status permohonan mereka di laman web, http://upu.mohe.gov.my atau di talian 03-8870 6767 atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (NOMBOR KAD PENGENALAN) dan
hantar ke 15888.
"Sebanyak 58,011 permohonan telah diterima dan 54,618 (94.2 peratus) adalah calon yang layak dan melepasi syarat am universiti serta syarat khas program pengajian," katanya.
Asma berkata daripada jumlah calon yang layak, sebanyak 39,862 (73 peratus) telah ditawarkan tempat serta seramai 3,873 calon cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 berjaya mendapat tawaran di UA.
"Kementerian mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemohon yang telah berjaya menerima tawaran," katanya.
Jelasnya keputusan yang diumumkan hanya melibatkan 18 buah UA yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT, tidak termasuk Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) yang membuat
pengambilan sendiri.
"Pihak UA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai esok (9 Ogos) dan calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju menerima tawaran oleh UA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Ogos," katanya.
Asma berkata kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di UA yang dipohon.
"Jika merit calon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar calon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka.
"Begitu juga jika calon hanya memohon di UA yang popular, calon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA berkenaan," katanya.
Menurutnya hanya pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline e-Rayuan di http://upu.mohe.gov.my.
"UPUOnline e-Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari mulai 8 Ogos, 12 tengah hari sehingga 12 Ogos, 11.59 malam," katanya.
Katanya keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA dan menegaskan bahawa tawaran adalah muktamad.
"Jika tiada sebarang jawapan diterima daripada UA sehingga 13 September 2016, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal," katanya.
Asma berkata keputusan permohonan rayuan kemasukan ke UA bagi program ijazah pertama untuk lepasan STPM/Setaraf akan diumumkan sebanyak dua kali iaitu pada 25 Ogos dan 13 Sept.
Katanya tarikh pendaftaran untuk pelajar baharu pada 28 Ogos hingga 4 Sept mengikut UA masing-masing.
Bernama
Mon Aug 08 2016
Status permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2016/2017 boleh disemak bermula hari ini. -Gambar hiasan
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Asma dilantik Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara - PMO
Presiden Akademi Sains Malaysia kelima Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail dilantik sebagai Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara.
Perpaduan rakyat telah membantu saya ke menara gading - Izzat
Orang ramai tanpa mengira latar belakang kaum dan agama menyumbangkan bantuan kepadanya agar dapat mengejar cita-citanya ke universiti.
USM satu-satunya universiti di dunia diberi hak kaji koleksi digital surat Francis Light
Koleksi bersejarah itu bakal merubah lanskap sejarah Pulau Pinang malah juga di dunia apabila tercetusnya sebuah projek dikenali sebagai 'The Beacon of Light @ USM'.
Tahukah anda tentang arkeopelancongan?
USM merupakan universiti yang bertanggungjawab mempromosikan tapak arkeologi utama di Malaysia.
Semakan status permohonan kemasukan ke universiti awam mulai hari ini
Sebanyak 58,011 permohonan telah diterima dan 54,618 (94.2 peratus) adalah calon yang layak dan melepasi syarat am universiti serta syarat khas program pengajian.
Pelan Pendidikan Tinggi dibentang Mac tahun ini
Pelan itu kini dalam proses penilaian akhir dan dijangka dapat dibentangkan Mac depan.