Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula elaun-elaun kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau berpendapat tuntutan itu adalah munasabah kerana elaun berkaitan sudah tidak disemak selama 14 tahun.
"Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem, timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.
Ahmad Zahid berkata selain itu tuntutan Cuepacs agar kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut.
"Saya fikir perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mendengar permintaan-permintaan ini dan apabila tiba masa akan memenuhi permintaan-permintaan ini," katanya.
Namun, timbalan perdana menteri berkata apabila menuntut perlu ada timbal balas iaitu penjawat awam perlu menunjukkan peningkatan produktiviti dan prestasi dalam perkhidmatan.
Katanya sebarang permintaan juga perlu berdasarkan kesesuaian dan kemunasabahan mengikut kesesuaian situasi semasa.
Terdahulu semasa menyampaikan ucapan alu-aluan, Azih mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan awam yang antara lain termasuk mewujudkan skim insurans dan mengekalkan saiz perkhidmatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2016
AHMAD ZAHID: Bawa kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini. - Gambar fail
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Monsun: Kerajaan akan perkenal dasar pengurusan risiko bencana negara
Kerajaan akan memperkenalkan dasar pengurusan risiko bencana negara sebagai langkah persediaan menghadapi fasa peralihan monsun.
PRK DUN Mahkota: Surat layang tidak beri kesan kepada calon BN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata seluruh jentera membabitkan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bertungkus lumus untuk memastikan semua pengundi keluar menunaikan kewajipan mereka pada 28 Sept ini.
Gaji premium lepasan TVET ditetapkan hingga RM4,000 - Ahmad Zahid
Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) hari ini bersetuju menetapkan gaji premium kepada lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000.
Program khas bantu pelajar tercicir, tidak minat masuk tingkatan 4 sertai TVET - TPM
Satu program khas akan dilaksana bagi membantu pelajar yang keciciran atau tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat.
MATEC 2024: Inisiatif mempromosi ekosistem industri automotif Bumiputera
MATEC 2024 menyasarkan kehadiran seramai 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung dengan lebih 100 pempamer yang terdiri daripada pemain industri automotif.
Ahmad Zahid hadiri Malam Kluang Berselawat
Program yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul pada Isnin lepas, dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selain bacaan al-Quran, qasidah dan tazkirah.
Ahmad Zahid minta pembangkang lebih sensitif, hormat ahli keluarga bekas ADUN Mahkota
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata pembangkang juga sepatutnya menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga Allahyarham.
Jemaah Menteri setuju kekal dasar sedia ada permohonan sijil halal - Ahmad Zahid
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada berkaitan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.