ALOR SETAR: Lima individu termasuk seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superitenden (ASP) dan Koperal didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini, atas kesalahan menyeludup 119 migran warga Myanmar, bulan lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh ASP Mohamad Faizal Ahmad Zaki, 37, dan Koperal Mohd Razin Razali, 32, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menyeludup 119 migran warga Myanmar pada kedudukan kira-kira 1.9 batu nautika dengan daratan Kuala Kedah, Kota Setar, sekitar jam 9.30 malam, 24 Mei lalu.
Mohamad Faizal dan Mohd. Razin didakwa di bawah Seksyen 26B(d) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau minimum lima tahun penjara dan boleh dikenakan hukuman sebat.
Tiga lagi tertuduh yang didakwa berasingan ialah Anas Hafizin Ahmad, 37, yang juga polis bantuan sebuah agensi kerajaan serta Ibrahim Dahamid, 38, dan Muhamad Aslam Osman, 29, masing-masing bekerja sebagai nelayan dan bekerja sendiri.
Ketiga-tiga mereka berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 26A akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Zahruddin Mohammed Isa dan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syifa Mohd. Hamzah serta Nor Syaliati Mohd. Sobri manakala Koperal Mohd Razin diwakili peguam Ravi Shankar Gandhi.
Keempat-empat lagi tertuduh yang lain tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya memutuskan bahawa tiada jaminan ditawarkan bagi kesalahan berkenaan dan menetapkan 4 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Abd Hadi Che Awang
Mon Jun 20 2022

Kesemua mereka didakwa menyeludup 119 migran warga Myanmar pada kedudukan kira-kira 1.9 batu nautika dengan daratan Kuala Kedah pada 24 Mei lalu. - Foto Astro AWANI
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Dua pegawai kanan imigresen bebas pertuduhan seludup migran
Mahkamah melepas dan membebaskan dua pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Johor daripada pertuduhan menyeludup lapan migran.

10 lelaki didakwa seludup 35 warga Indonesia
Seramai 10 lelaki didakwa atas pertuduhan secara bersama memperdagangkan 35 warga Indonesia termasuk kanak-kanak.

Empat pegawai imigresen ditahan disyaki terlibat seludup migran
Pegawai berkenaan bersuhabat menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing itu bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi.

SOSMA: Kontraktor gagal dapat jaminan
Tertuduh gagal dalam permohonanya untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan kesnya.

Seludup migran: Lima individu termasuk ASP dan Koperal dituduh di mahkamah
Lima individu termasuk seorang pegawai polis berpangkat ASP dan Koperal didakwa atas kesalahan menyeludup 119 migran Myanmar.

Pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand dianggap 'tekong darat' jika seludup migran
Mana-mana pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dianggap sebagai 'tekong darat' sekiranya mereka dikesan terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang haram.

Seludup migran, operator sampan dituduh di mahkamah
Mahmud Sulaiman dituduh terbabit dalam penyeludupan dua migran warga Myanmar di Kuala Perlis pada Disember lalu.

Bekas kakitangan kerajaan dan kenalan didakwa seludup warga Indonesia
Jafperi Noor dan Rohani masing-masing mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Dua etnik Rohingya dihukum penjara seludup migran Myanmar tahun lepas
Kedua-duanya yang merupakan ejen sindiket penyeludupan manusia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.