PUTRAJAYA: Empat pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dipercayai bersubahat dengan sindiket penyeludupan migran ditahan dalam operasi khas iaitu Op Kenyalang di Serian dan Bintulu, Sarawak Jumaat lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata kesemua pegawai berusia antara 35 hingga 45 tahun itu ditahan pada 9.45 malam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu, Serian oleh sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, JIM Putrajaya serta pegawai operasi JIM Sarawak.
"Hasil risikan dan siasatan hampir tiga bulan mendapati pegawai berkenaan bersuhabat dengan menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing berkenaan bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam operasi yang sama, seramai 63 warga Indonesia berusia 22 hingga 52 tahun yang terdiri daripada 37 lelaki dan 26 perempuan turut ditahan dalam serbuan berasingan di sebuah premis kediaman dan pemeriksaan terhadap dua bas di Bintulu.
Katanya 30 daripada mereka termasuk seorang lelaki dipercayai ketua sindiket berusia 38 tahun ditahan di premis kediaman yang dipercayai dijadikan sebagai rumah transit itu dan wang tunai sebanyak RM25,000 serta Rp3 juta turut berjaya dirampas.
"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan itu adalah orang yang telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan imigresen daripada memasuki negara. Kesemua mereka juga telah mempunyai tiket penerbangan ke Kuala Lumpur," katanya.
Menurut Khairul Dzaimee, 33 lagi pendatang tanpa izin ditahan selepas JIM melakukan pemeriksaan terhadap dua bas di bandar Bintulu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mengaut keuntungan lebih RM80,000 sebulan hasil bayaran sebanyak RM5,000 hingga RM6,000 yang dikenakan untuk setiap migran yang ingin memasuki negara ini.
"Sindiket ini dipercayai telah hampir lapan bulan beroperasi. Mereka mengatur pergerakan masuk warga asing yang telah disenaraihitamkan dengan dibantu oleh pegawai imigresen berkenaan melibatkan seramai 30 hingga 40 orang bagi setiap kemasukan.
"Mereka kemudian akan dibawa ke rumah transit yang telah ditetapkan oleh sindiket sebelum dibawa ke lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dan Lapangan Terbang Bintulu sebelum dibawa ke Semenanjung Malaysia melalui laluan domestik," katanya.
Khairul Dzaimee berkata kesemua pegawai imigresen dan ketua sindiket yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 manakala yang lain di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia secara tidak sah.
Katanya pihaknya akan terus memburu sindiket yang terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang dan akan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melanggar kesalahan di bawah akta berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023

Khairul Dzaimee berkata kesemua pegawai itu ditahan pada 9.45 malam di Kompleks ICQS Tebedu, Serian oleh sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, JIM Putrajaya serta pegawai operasi JIM Sarawak. - Gambar fail
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Mengaku salah terima suapan RM12,000, pegawai Imigresen 'meraung' dihukum penjara 30 hari
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia meraung ketika dipeluk abang dan kakaknya selepas dijatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM20,000.

SPRM rampas empat kereta mewah dipercayai milik kakitangan kerajaan Gred KP19
Mengejutkan, apabila seorang kakitangan kerajaan gred KP 19 mampu memiliki empat buah kereta mewah seperti Roll Royce Phantom, Mustang, Range Rover serta Audi.

Pemalsuan cap sempadan: Empat lagi individu ditahan SPRM termasuk seorang pegawai Imigresen
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan sindiket rasuah dalam Pemalsuan Cap Sempadan di pintu masuk antarabangsa negara.

Pegawai Imigresen kasari warga asing berdepan tindakan buang kerja
Pegawai Imigresen yang bertindak kasar ke atasseorang warga asing ketika berurusan di kaunter jabatan tersebut di Johor boleh dikenakantindakan disiplin termasuk dibuang kerja.