RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan mematahkan cubaan menyeludup lapan ekor lembu selepas waktu sahur apabila berjaya menahan sebuah lori di Kampung Tok Rusa, Meranti di sini pada Rabu.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata rampasan lembu bernilai RM51,660 itu dilakukan pada jam 6.45 pagi semasa anggota keselamatan terbabit melakukan rondaan rutin Op Benteng COVID-19 di kawasan penugasan.
"Sejurus terserempak dengan lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan itu, anggota PGA telah mengarahkan pemandunya untuk segera memberhentikan kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori itu kemudiannya membawa kepada penemuan lapan ekor lembu sambil disaksikan oleh pemandu kenderaan tersebut yang berusia 35 tahun.
Beliau berkata, anggota bertugas seterusnya telah meminta pemandu berkenaan untuk mengemukakan dokumen perjalanan bagi pemindahan lembu-lembu tersebut, namun lelaki itu gagal berbuat demikian.
Azhari berkata, lelaki tersebut mengaku telah menarik sendiri lembu-lembu tersebut dari tepi Sungai Golok sebelum dimuatkan ke atas lori untuk dihantar kepada peraih.
"Lembu tersebut diseludup menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan bernilai RM76,660," katanya.
Berita asal: Seludup lembu lepas waktu sahur
Sinar Harian
Wed Apr 28 2021

Lapan ekor lembu yang cuba diseludup masuk selepas waktu sahur yang berjaya dirampas PGA Batalion 7 Kuantan di Kampung Tok Rusa, Meranti, Rantau Panjang pada Rabu. -Foto Sinar Harian

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Polis tumpas sindiket seludup lembu di Kelantan
Pasukan PGA menumpaskan sindiket penyeludupan 16 ekor lembu dianggarkan bernilai RM156,000 di Pasir Mas, Kelantan.

Tentera Darat tumpas aktiviti seludup lembu di Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) menumpaskan aktiviti penyeludupan 12 ekor lembu bernilai RM60,000 yang dibawa masuk merentasi Sungai Golok berdekatan sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Seludup 12 ekor lembu guna perahu
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM67,200.

Dua ditahan dalam cubaan seludup 11 lembu
Dalam kejadian jam 1.26 pagi itu, anggota PGA9 membuat rondaan di kawasan berkenaan dan menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

Seludup lembu lepas waktu sahur
Lembu tersebut diseludup menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok.