Dua lelaki rakyat Singapura telah diberkas kerana disyaki menggunakan pesawat tanpa pemandu atau dron untuk menyeludup masuk dadah ke republik itu dari Malaysia, demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB).
Data penerbangan yang diambil daripada telefon seorang daripada suspek menunjukkan bahawa dron itu telah terbang dari Kranji ke Johor Bahru dan kembali semula ke Kranji, menurut pihak berkuasa dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Kenyataan itu menyebut bahawa pada 17 Jun kira-kira 5.45 petang, polis mengesan aktiviti luar biasa dron di sekitar Taman Takungan Air Kranji dan menemukan pesawat tanpa pemandu tersebut dengan sebuah beg terpasang padanya, sedang berlegar di udara.
Polis kemudian menahan kedua-dua lelaki, masing-masing berusia 29 dan 34 tahun, yang dipercayai pengendali dron itu.
Pemeriksaan pegawai CNB ke atas sebuah kereta milik suspek membawa kepada penemuan pelbagai jenis ubat terkawal.
Operasi susulan CNB pada hari berikutnya menyaksikan seorang wanita berusia 24 tahun dan seorang lelaki berusia 40 tahun, kedua-duanya rakyat Singapura, telah ditahan berhubung kes itu.
"Siasatan berhubung kes itu sedang berjalan," kata pihak berkuasa.
Menurut pihak berkuasa, kedua-dua suspek lelaki telah didakwa semalam atas pertuduhan mengedar ubat terkawal Kelas A.
Sejumlah 389 gram dadah jenis syabu, 8 gram heroin, 195 pil ekstasi dan dua pil Erimin-5 yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya S$44,000 telah dirampas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 20 2020
![Seludup dadah dari Malaysia guna dron, dua lelaki rakyat Singapura diberkas Seludup dadah dari Malaysia guna dron, dua lelaki rakyat Singapura diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71592660205_drondadahsingapu.jpg)
Dua lelaki, masing-masing berusia 29 dan 34 tahun, yang dipercayai pengendali dron ditahan pihak berkuasa. - Facebook / CNB Drug Free SG
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718941042_AADK.jpg)
Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK
Penglibatan remaja dan belia dengan najis dadah berpunca daripada keretakan masalah sosial.
![Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718328573_banduan.jpg)
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
![Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718151800_JoeBiden.jpg)
Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak
Biden juga akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.
![812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan 812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712575894_DatukMuhamadZakiH.jpg)
812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan
812 individu ditahan disyaki memiliki dadah menerusi Op Tapis Bersepadu dan Op Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.
![Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716438697_MohdYusriHassanB.jpg)
Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin
Polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun yang berada di dalam rumah berkenaan.
![Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715924394_Penganggur.jpg)
Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
![Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706785286_HandcuffGari.jpg)
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
![Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711945427_TBbebasdadahjpg.jpg)
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
![Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711505276_TBganjajpg.jpg)
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
![Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710470405_TBCPMKUMARSMUT.jpg)
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.