KOTA BHARU: Polis menahan 812 individu disyaki memiliki dadah menerusi Op Tapis Bersepadu dan Op Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mereka terdiri daripada 793 lelaki dan 19 perempuan berusia antara 16 hingga 72 tahun.
"Operasi itu memberi tumpuan di kawasan penagih terlibat dalam penyalahgunaan dadah, selain bertujuan mengekang penyeludupan masuk bahan terlarang itu dari negara jiran melalui sempadan negeri ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua yang ditahan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Racun 1952.
Beliau berkata selain itu, pasukan polis turut menyita pelbagai dadah dan harta yang dianggarkan bernilai RM887,588.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024

Muhammad Zaki berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 793 lelaki dan 19 perempuan berusia antara 16 hingga 72 tahun. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan
812 individu ditahan disyaki memiliki dadah menerusi Op Tapis Bersepadu dan Op Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.