Peristiwa kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pos Tohoi pada Ogos 2015 memberi kesan mendalam kepada kanak-kanak orang asli di kawasan itu untuk meneruskan sesi persekolahan.
Namun selepas dua tahun, seramai 58 murid orang asli di kawasan itu akan kembali ke sekolah minggu hadapan.
Menurut Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah Asli dan Kedap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Azman Jaafar jumlah kehadiran murid di SK Tohoi merosot selepas insiden yang berlaku dua tahun lalu.
Menurut Azman, menyedari situasi itu pihaknya menggerakkan pasukan khas dan menggunakan khidmat tok batin untuk masuk ke penempatan Orang Asli terbabit bagi memberi penjelasan mengenai kepentingan pendidikan.
"SK tohoi mencatatkan kehadiran kurang daripada tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu di bawah 88 peratus pada tahun 2017 dan SK Tohoi sendiri mencatatkan kehadiran antara 75-80 peratus.
"Dengan kembalinya sekumpulan besar 58 murid-murid ini kita harap dapat meningkatkan pencapaian dari segi aspek kehadiran murid seperti di sekolah biasa lain," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi hari terakhir mengangkut 252 pelajar sekolah yang terkandas di empat kawasan pedalaman menggunakan tiga helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan pada Rabu,
Menurut Azman, kebanyakan murid yang tidak bersekolah berasal dari Pos Gob dan Pos Simpor yang terletak hampir 80 kilometer dari Pos Tohoi.
Dalam kejadian 23 Ogos 2015, tujuh murid Orang Asli yang tinggal di asrama SK Pos Tohoi dilaporkan lari dari asrama dipercayai takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.
BACA: Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang
Selepas hampir 50 hari hilang, Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11 ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan di tebing sungai di hutan berkenaan.
Manakala, lima lagi kanak-kanak yang terkorban ialah Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli,8 dan Juvina David, 7, yang kesemuanya dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.
Muhafandi Muhamad
Wed Jan 17 2018
Kebanyakan murid yang tidak bersekolah berasal dari Pos Gob dan Pos Simpor yang terletak hampir 80 kilometer dari Pos Tohoi. - Gambar Astro AWANI
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
Taufan tropika Trami ragut 46 nyawa, 20 lagi hilang di Filipina
Angka korban akibat taufan tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini meningkat kepada 46 orang, dengan sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih hilang.
Taufan Helene: Hampir 100 orang masih hilang di Carolina Utara
Seramai 92 orang masih hilang atau tidak ditemukan di Carolina Utara ketika negeri di Amerika Syarikat (AS) itu menangani kesan daripada Taufan Helene.
Nelayan hilang selepas terjatuh dari bot
Seorang nelayan warga tempatan dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot yang dinaiki bersama rakannya di perairan Batu Laut pada Isnin lepas.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
Pakistan cari tiga pendaki Rusia yang hilang
Pihak berkuasa Pakistan meneruskan operasi mencari pada Ahad untuk menyelamatkan tiga pendaki Rusia yang hilang di Gasherbrum IV.
Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham - Ketua Polis Selangor
Mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Polis mohon bantuan kesan remaja 14 tahun hilang sejak 25 Mei lalu
Remaja itu berketinggian 155 sentimeter dengan berat kira-kira 42 kilogram dan berkulit warna kuning susu.