Seorang selebriti motivasi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan menerusi penganjuran satu program ilmiah, tiga tahun lepas.
Tertuduh, Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, 46, yang juga pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari di sebuah universiti awam di Shah Alam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Dia didakwa menggunakan jawatannya sebagai pensyarah gred DM54 untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dengan mendaftarkan syarikat Ryan Services dalam borang daftar khidmat runding melalui 'Intergrated Consultancy Systems (ICONS)'.
Pendaftaran syarikat Ryan Services adalah untuk penganjuran program 'International Syariah Compliant Idea, Invention, Innovation dan Design 2016' sedangkan ia sepatutnya dilakukan oleh syarikat IIII Education Services.
Mohd Nor dituduh melakukan kesalahan itu di universiti awam tersebut pada 29 Jun 2016 dan dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Mohd Sabri membenarkan Mohd Nor dibebaskan dengan jaminan RM15,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Mahkamah turut memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Mohamad Suffian Ja'far sementara Mohd Nor diwakili peguam Fahmi Abd Moin.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2019
![Selebriti motivasi didakwa guna jawatan untuk terima suapan Selebriti motivasi didakwa guna jawatan untuk terima suapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61564067519_MohdNorMamat.jpg)
Hakim membenarkan Mohd Nor dibebaskan dengan jaminan RM15,000 serta seorang penjamin. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Selebriti motivasi didakwa guna jawatan untuk terima suapan Selebriti motivasi didakwa guna jawatan untuk terima suapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61564067519_MohdNorMamat.jpg)
Selebriti motivasi didakwa guna jawatan untuk terima suapan
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari di sebuah universiti awam di Shah Alam itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.