Selangor tidak menghalang wanita di negeri itu daripada dilantik sebagai hakim syarie sepertimana yang didakwa sesetengah pihak, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.
Sebaliknya, beliau berkata fatwa yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 dan 27 Jun 2006, hanya menentukan had dan ruang lingkup tertentu di mana wanita tidak harus dilantik sebagai hakim syarie dalam kes-kes berkaitan hukum hudud dan qisas.
"Ini bermakna bahawa hakim wanita boleh dilantik dalam kes-kes selain daripada berkaitan hukum jenayah contohnya dalam kes mal termasuklah kes kekeluargaan dan penentuan ahli waris faraid.
"Keputusan fatwa ini adalah juga sama sekali tidak bercanggah dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-73 yang bersidang pada 4 hingga 6 April 2006 yang memutuskan bahawa wanita harus dilantik menjadi hakim syarie dalam kes-kes selain daripada hudud dan qisas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Mohamad Adzib berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Rabu lalu bahawa keputusan tidak konsisten dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan telah menghalang wanita daripada menjadi hakim mahkamah syariah.
Jelas Mohamad Adzib, pelantikan hakim syarie bagi Mahkamah Syariah di Selangor adalah di bawah kuasa Sultan Selangor atas nasihat Majlis Fatwa Negeri dan prosedur pelantikan tersebut telah diperuntukkan dengan jelas dalam Bahagian IV Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi dengan memberi gambaran tidak tepat berhubung fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Dalam kenyataannya, Shahrizat turut meminta pihak-pihak yang berkaitan supaya menimbang semula keputusan untuk menolak atau menangguhkan pelantikan hakim syariah wanita terutama di Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
Sebelum itu pada hari yang sama, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah dan Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Dr Ibrahim Lembut dilaporkan berkata ketidakseragaman keputusan majlis fatwa di peringkat negeri menyebabkan usaha untuk melantik lebih ramai hakim syariah wanita terbantut sekali gus menutup peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai syariah dalam kalangan wanita.
Menurut Ibrahim, lima negeri yang setakat ini bersikap lebih terbuka dan menerima hakim syariah wanita adalah Kuala Lumpur, Melaka, Sabah, Perlis dan Kelantan manakala negeri lain tertakluk kepada keputusan majlis fatwa negeri masing-masing yang dikatakan kurang berminat, belum bersedia dan tidak membenarkan hakim syariah dalam golongan gender berkenaan.
Bernama
Sat Feb 20 2016
![Selangor tidak halang wanita dilantik sebagai hakim syarie Selangor tidak halang wanita dilantik sebagai hakim syarie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71455902082_MasjidShahAlam.jpg)
MAIS menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi dengan memberi gambaran tidak tepat berhubung fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Status agama Islam: Mahkamah tolak rayuan wanita Status agama Islam: Mahkamah tolak rayuan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707464717_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Status agama Islam: Mahkamah tolak rayuan wanita
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan seorang wanita bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
![RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709903795_AbdulAzizMohdYuso.jpg)
RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS
MAIS yakin RUU 2024 yang diluluskan pada persidangan DUN pada Khamis, dapat menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
![Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709800864_TBfahmingahjpg.jpg)
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
![MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697542735_AbdulAzizMohdYusof.jpg)
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
![MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705481095_TBTANSRIABDULAZ.jpg)
MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.
![Sultan Selangor titah masjid, surau sedia penyata kewangan tahunan beraudit Sultan Selangor titah masjid, surau sedia penyata kewangan tahunan beraudit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701929927_TBBukuGarisPandu.jpg)
Sultan Selangor titah masjid, surau sedia penyata kewangan tahunan beraudit
Pengurusan perolehan juga perlu diurus dengan tatakelola yang betul agar tidak melibatkan ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa, titah baginda.
![Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698666165_TBCourtHammer.jpg)
Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil
Mahkamah Rayuan mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan MAIS meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama Raguram di mahkamah sivil.
![Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696649778_UstazAbdullahKhair.jpg)
Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS
Titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.
![MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696505042_LampiransuratMAIS.jpg)
MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik tauliah mengajar penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi di Selangor.
![MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684306974_TBMAIS.jpg)
MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail
MAIS hari ini menafikan kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun media sosial Facebook, Ahmad Shuaib Ismail, semalam, yang mempunyai unsur fitnah dan boleh menjatuhkan imej MAIS.