SHAH ALAM: Selangor menawarkan saringan kesihatan percuma menerusi Program Selangor Saring melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.4 juta di bawah Belanjawan Selangor 2022.
Exco Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program pengesanan penyakit itu membolehkan rawatan awal diberikan kepada pesakit dan membantu meningkatkan peluang untuk sembuh.
Menurutnya, kerajaan negeri menyasarkan 39,000 orang akan mendapat manfaat di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi program itu.
"Program Selangor Saring menawarkan saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit iaitu penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
"Turut ditawarkan saringan kesihatan penyakit kanser (kanser kolorektal, prostat, serviks, payudara) dan penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, penduduk Selangor yang berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga (penyakit berjangkit), berat badan berlebihan dan gaya hidup tidak sihat digalakkan membuat pendaftaran di aplikasi SELangkah bermula 16 Mei ini.
"Setiap pemohon perlu melengkapkan borang saringan awal ketika proses pendaftaran yang bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang serta faktor risiko pemohon.
"Individu yang layak akan menerima baucer untuk menjalani saringan kesihatan tanpa sebarang bayaran di lokasi dan tarikh yang ditetapkan," katanya.
Tambahnya, maklumat lanjut bekenaan Program Selangor Saring boleh didapati melalui laman sesawang selangorsaring.selangkah.my.
Katanya, sebarang isu berkaitan pendaftaran boleh diajukan ke talian hotline Selcare 1-800-22-6600 atau talian hotline Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) yang boleh didapati menerusi laman sesawang https://drsitimariah.com/talian-suka/.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri May 13 2022
Turut ditawarkan saringan kesihatan penyakit kanser (kanser kolorektal, prostat, serviks, payudara) dan penyakit berkaitan mata. - Gambar hiasan/BERNAMA
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun tawar saringan kesihatan percuma setiap bulan
Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun akan menawarkan saringan kesihatan percuma kepada komuniti setempat pada setiap hujung bulan di kawasan Parlimen berkenaan.
Selangor terus program saringan kesihatan percuma, perluas tiga skop perkhidmatan
Kerajaan Selangor meneruskan saringan kesihatan percuma, iaitu program Selangor Saring 2023 dengan menambah tiga lagi skop perkhidmatan.
Selangor tawar saringan kesihatan percuma, pendaftaran dibuka 16 Mei
Program pengesanan penyakit itu membolehkan rawatan awal diberikan kepada pesakit dan membantu meningkatkan peluang untuk sembuh.
Dapatkan khidmat saringan kesihatan percuma menerusi skim PeKa B40 - Khairy
Khairy memaklumkan tiada pendaftaran diperlukan sebaliknya individu berkenaan boleh melayari laman sesawang PeKa B40 bagi menyemak kelayakan dan lokasi klinik yang berdaftar.